• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakaman Video Lama Anwar Ulas Isu Pelarian Rohingya Kembali Tular

oleh Mynewshub
17/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Rakaman Video Lama Anwar Ulas Isu Pelarian Rohingya Kembali Tular
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakaman video lama Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pelarian Rohingya pada April 2020 kembali tular di media sosial susulan kenyataan terbaru beliau semalam mengaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam isu tersebut.

Dalam rakaman video lama bertarikh 23 April 2020 itu, Anwar menyentuh soal kemanusiaan selepas timbul laporan mengenai pelarian Rohingya yang cuba memasuki Malaysia melalui jalan laut.

Anwar dalam rakaman berkenaan berkata, walaupun Malaysia perlu mengawal sempadan dan menjaga keselamatan negara, aspek kemanusiaan terhadap pelarian yang melarikan diri daripada penindasan juga perlu diberi perhatian.

“Kita tidak boleh biar orang tenggelam, mati dan bertambah pula dia itu jadi mangsa kezaliman. Dia lari sebab didera di negeri sendiri.

“Kemudian bila dia lari dihalang oleh negara yang katakan Islam ini dan oleh yang demikian mereka telah berakhir dengan tragedi besar,” katanya ketika itu.

Beliau turut berharap kerajaan ketika itu mempertimbangkan bentuk kawalan terhad terhadap pelarian Rohingya dan tidak mengambil tindakan yang boleh menyebabkan mereka terdedah kepada risiko mati di laut atau kelaparan.

Rakaman berusia lebih enam tahun itu kembali mendapat perhatian selepas Anwar dalam podcast Sembang Ohh Yeahh seolah-olah menyalahkan peranan pentadbiran terdahulu serta Najib dan Abdul Hadi dalam isu pelarian Rohingya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa, terdapat perhimpunan besar pada masa lalu yang menurutnya diketuai Najib dan Abdul Hadi bagi menyokong Rohingya, sebelum isu kehadiran komuniti itu kini menimbulkan pelbagai keresahan dalam kalangan rakyat.

“Kita lihat sejarahnya. Dulu ada perhimpunan besar diketuai Datuk Seri Najib dan Tan Sri Hadi untuk mengalu-alukan kehadiran mereka. Sekarang ternyata mereka jadi beban.

“(Mereka) disambut, ada perhimpunan besar. Saya harap social media boleh mainkan balik. Ucapan oleh pemimpin masa itu dan PAS,” katanya seperti dilaporkan semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Laman Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyiarkan semula kenyataan lama Najib pada 2020 berhubung isu pelarian Rohingya.

Menerusi hantaran itu, laman Facebook Najib Razak memetik penjelasan Najib pada 2020 bahawa perhimpunan yang dianjurkan bersama PAS ketika mengetuai kerajaan bertujuan mendesak kerajaan Myanmar menghentikan kekejaman terhadap etnik Rohingya.

Menurut kenyataan lama yang disiarkan semula itu, matlamatnya adalah supaya kekejaman terhadap Rohingya dihentikan, sekali gus mengelakkan mereka daripada terpaksa melarikan diri ke Malaysia.

“Kita tak buat perhimpunan untuk suruh semua pelarian Rohingya untuk datang ke Malaysia. Tahukah perbezaannya?” menurut petikan kenyataan lama Najib yang dimuat naik di laman Facebook berkenaan. – MYNEWSHUB

 

 

Tags: anwarIsu Pelarian RohingyaKembali TularRakaman Video LamaUlas
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pengundi Mahu Tahu Mengapa Beras Mahal, Subsidi Dipotong, Kos Haji Meningkat – Muralitharan

Pengundi Mahu Tahu Mengapa Beras Mahal, Subsidi Dipotong, Kos Haji Meningkat – Muralitharan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin masyarakat India, Muralitharan Ramachandran berpandangan pengundi di Negeri Sembilan tidak lagi berminat dengan isu-isu lama, sebaliknya...

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin masyarakat India, Muralitharan Ramachandran menyeru masyarakat India di Negeri Sembilan melakukan perkara yang sama seperti di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd