• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerangan Belanjawan 2027 Guna Laras Bahasa Mudah Sangat Membantu – Sheikh Umar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Penerangan Belanjawan 2027 Guna Laras Bahasa Mudah Sangat Membantu – Sheikh Umar
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menyifatkan penerangan mengenai Belanjawan 2027 menggunakan laras bahasa yang mudah sebagai sangat membantu rakyat memahami kandungan belanjawan negara.

Menurut beliau, bukan sesuatu yang mudah bagi rakyat biasa untuk memahami setiap perincian yang terkandung dalam belanjawan berkenaan.

“Untuk rakyat biasa di bawah, bukan senang juga kita nak fahami setiap detail dalam Belanjawan.

“Dengan penerangan menggunakan laras bahasa yang mudah, alhamdulillah sangat membantu,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Terdahulu, Sheikh Umar berkata, beliau menghadiri taklimat Belanjawan 2027 yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching bersama ahli-ahli DAP akar umbi.

Menurutnya, taklimat berskala kecil itu dikendalikan Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong bersama pasukannya bagi memberikan penjelasan mengenai belanjawan berkenaan.

Beliau berkata, sesi tersebut turut menyaksikan pelbagai soalan dikemukakan oleh peserta yang hadir bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 9 Oktober lalu.

Belanjawan bertemakan Malaysia Madani: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi itu merupakan belanjawan kelima di bawah Kerajaan Madani dan kedua dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Sheikh Omar Ali

Tags: Bahasa MudahBelanjawan 2027GunaLarasPeneranganSangat MembantuSheikh Umar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Umat Islam Perlu Elak Perpecahan, Manfaatkan Pilihan Raya Guna Hak Demokrasi – Abdul Hadi

Umat Islam Perlu Elak Perpecahan, Manfaatkan Pilihan Raya Guna Hak Demokrasi – Abdul Hadi

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam supaya mengelakkan perpecahan dan mengutamakan penyatuan, selain...

Pemimpin PKR Taufiq Iskandar Nafi Guna Gelaran ‘Datuk’, Kesilapan Teknikal

Pemimpin PKR Taufiq Iskandar Nafi Guna Gelaran ‘Datuk’, Kesilapan Teknikal

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhamad Taufiq Iskandar menafikan pernah menggunakan gelaran “Datuk” di platform media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd