• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Seru Rakyat Melaka Tempa Sejarah Baharu, Pilih Perpaduan Dan Tatakelola

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Seru Rakyat Melaka Tempa Sejarah Baharu, Pilih Perpaduan Dan Tatakelola
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Melaka supaya menempa sejarah baharu dengan memilih politik berteraskan perpaduan, tatakelola bersih dan perubahan yang benar-benar membawa manfaat kepada rakyat.

Beliau menegaskan, memilih politik kebencian dan permusuhan antara kaum dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 14 November ini tidak akan membawa negeri mahupun negara ke arah kemajuan.

Menurutnya, kekuatan sebenar negara terletak pada perpaduan rakyat, pentadbiran yang bersih serta keberanian melaksanakan pembaharuan.

“Politik kebencian dan permusuhan antara kaum tidak akan membawa negeri dan negara ke mana-mana.

“Kekuatan kita terletak pada perpaduan, tatakelola yang bersih serta keberanian melaksanakan perubahan yang benar-benar memanfaatkan rakyat,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata demikian susulan kehadirannya pada majlis pengumuman calon dan pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Pakatan Harapan (PH) di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi PH berkata, Kerajaan Madani telah membuktikan amanah pemerintahan melalui tindakan nyata dan berkesan, bukannya sekadar retorik atau janji kosong.

Antara usaha yang diketengahkan termasuk mempertahankan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter khusus untuk warganegara Malaysia, meningkatkan pendapatan pekerja dan memperluas bantuan kepada rakyat.

Selain itu, kerajaan turut memberi tumpuan kepada penyediaan perumahan mampu milik serta kemudahan untuk golongan mahasiswa.

Menurut Anwar, segala usaha berkenaan berpaksikan matlamat meningkatkan martabat dan kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua calon serta jentera PH bahawa perjuangan politik bukan sekadar mengejar kemenangan pilihan raya, sebaliknya membawa amanah besar yang perlu ditunaikan.

Anwar turut menyatakan keyakinan bahawa Melaka mampu sekali lagi menjadi pemangkin perubahan dan pembaharuan ke arah masa depan lebih adil, makmur serta bermaruah.

“Ayuh Melaka, kita tempa sejarah baharu!” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: anwarPerpaduanPilihPMXRakyat MelakaSeruTatakelolaTempa Sejarah Baharu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Rakyat Melaka Nilai Kepimpinan Berdasarkan Rekod Khidmat, Bukan Fitnah

Onn Hafiz Seru Rakyat Melaka Nilai Kepimpinan Berdasarkan Rekod Khidmat, Bukan Fitnah

25/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru rakyat Melaka supaya menilai kepimpinan berdasarkan rekod khidmat...

PMX Kata Gaji Sara Hidup RM3,100, NUBE Dakwa Bank GLC Masih Bayar RM2,370

PMX Kata Gaji Sara Hidup RM3,100, NUBE Dakwa Bank GLC Masih Bayar RM2,370

25/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa gaji minimum pekerja bank kategori FSE1 masih RM2,370 sedangkan Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd