• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Dua petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST) terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk membuat liputan sebuah program di Bagan Datuk, Perak, awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Dina dan Zahra dilaporkan sedang menerima rawatan, dengan seorang daripada mereka masih berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu kenyataan yang turut meluahkan rasa sedih atas kejadian menimpa kedua-dua petugas media berkenaan.

“Allahuakbar, pilu hati saya menerima khabar dua rakan media daripada Bernama dan NST yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk membuat liputan program di Bagan Datuk awal pagi tadi.

“Saya dimaklumkan kedua-duanya kini sedang menerima rawatan dan seorang daripada mereka masih berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut mendoakan agar kedua-dua mangsa dipermudahkan segala urusan rawatan dan diberikan kesembuhan.

“Saya mendoakan semoga Dina dan Zahra dipermudahkan segala urusan rawatan serta dikurniakan kesembuhan yang sebaik-baiknya.

“Insya-Allah, kita sama-sama doakan agar kedua-duanya segera pulih dan kembali sihat seperti sediakala,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Bagan DatukBuat LiputanDalam PerjalananDua WartawankemalanganLuahRasa SedihZahid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rapatkan Saf, Ketepikan Perbezaan, Kita Lawan Sampai Menang

Rapatkan Saf, Ketepikan Perbezaan, Kita Lawan Sampai Menang

25/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh jentera parti supaya merapatkan saf, mengetepikan...

“Ada Peluang Lagi Jika Calon Tidak Dipersetujui, Saya Belum Tandatangan Watikah” – Zahid

“Ada Peluang Lagi Jika Calon Tidak Dipersetujui, Saya Belum Tandatangan Watikah” – Zahid

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan masih ada peluang untuk menyemak semula...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd