• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Veteran Dicadang Disambut Pada 20 Mei Setiap Tahun – Khaled Nordin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Hari Veteran Dicadang Disambut Pada 20 Mei Setiap Tahun – Khaled Nordin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan cadangan mewujudkan Hari Veteran yang akan disambut pada 20 Mei setiap tahun di seluruh negara mendapat sokongan Majlis Veteran Kebangsaan.

Menurutnya, cadangan itu bagaimanapun masih tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri sebelum dapat dilaksanakan secara rasmi.

“Sekiranya diluluskan oleh Jemaah Menteri kelak, Hari Veteran ini akan menjadi satu ruang untuk menyemarakkan hubungan akrab dan penghargaan masyarakat terhadap veteran ATM,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Perhimpunan Agung Tahunan Negara Ke-100 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) yang dirasmikannya hari ini.

Mohamed Khaled berkata, penganjuran perhimpunan kali ke-100 itu merupakan pencapaian bersejarah bagi PVATM yang kini mempunyai lebih 182,000 ahli berdaftar, sekali gus menjadikannya persatuan veteran terbesar negara.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kesejahteraan veteran bukan sekadar tertumpu kepada bantuan kebajikan, sebaliknya turut merangkumi usaha memperkasakan golongan berkenaan melalui latihan kemahiran, peluang pekerjaan, keusahawanan dan kerjaya kedua.

Sehubungan itu, beliau mahu PVATM terus memainkan peranan sebagai rakan strategik Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan ATM dalam menjayakan agenda memperkasa kesejahteraan veteran.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh kepimpinan dan ahli PVATM atas kejayaan menganjurkan perhimpunan bersejarah berkenaan.

“Semoga PVATM terus kukuh melangkah ke abad kedua perjuangannya.

“Sesungguhnya, kita bukan bangsa yang melupakan jasa dan bakti perajurit. Kita adalah bangsa yang tahu dan akan sentiasa berterima kasih,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: 20 MeiDicadangDisambutHari VeteranKhaled NordinSetiap Tahun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Sempurnakan Pengurniaan Darjah Kepahlawanan ATM Kepada 465 Penerima

Menteri Pertahanan Sempurnakan Pengurniaan Darjah Kepahlawanan ATM Kepada 465 Penerima

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Sesi Kedua...

Malaysia Terima Sistem Anti-Dron RM40 Juta Daripada Jepun – Khaled Nordin

Malaysia Terima Sistem Anti-Dron RM40 Juta Daripada Jepun – Khaled Nordin

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal menerima bantuan sistem pertahanan anti-dron bernilai kira-kira RM40 juta daripada Jepun menerusi program Bantuan Keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd