• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Juga Wajar Haramkan Bank Dunia, IMF, Syarikat Komputer Gergasi, AI Dan Gajet Dari AS – Zaid Ibrahim

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Juga Wajar Haramkan Bank Dunia, IMF, Syarikat Komputer Gergasi, AI Dan Gajet Dari AS – Zaid Ibrahim
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia juga wajar mengharamkan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan setiap syarikat komputer gergasi, syarikat kecerdasan buatan (AI) serta gajet dari Amerika Syarikat (AS)

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, tindakan itu perlu dilakukan sekiranya benar Waze perlu diharamkan kerana maklumat pengguna dapat diakses Israel.

“Mengapa tergesa-gesa mahu mengharamkan Waze? Tolong jangan beritahu saya bahawa ia merupakan ancaman keselamatan kerana Israel akan memiliki semua data.

“Jika itu benar, kita sepatutnya segera mengharamkan Bank Dunia, IMF dan setiap syarikat komputer gergasi, syarikat AI serta gajet dari AS.

“Israel menguasai AS; Kongres AS. PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) sepatutnya tahu perkara ini,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Semalam, media melaporkan Anwar tidak menolak kemungkinan kerajaan mengharamkan sepenuhnya penggunaan Waze di Malaysia sambil meminta maaf kekurangan pada aplikasi TuJu.

Menurut Perdana Menteri, kebimbangan kerajaan terhadap Waze berpunca daripada kaitannya dengan Israel serta syarat penggunaannya yang didakwa tertakluk kepada undang-undang negara berkenaan.

Anwar turut mendakwa penggunaan Waze menyebabkan maklumat pengguna diserahkan secara automatik kepada Israel, sekali gus mendorong kerajaan mengambil tindakan segera tanpa menunggu kajian lanjut.

“Hal ini tak boleh nak tangguh, satu hari pun tak boleh. Jadi ini soal keselamatan rakyat dan negara, saya tidak boleh kompromi,” katanya kepada pemberita semalam. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Datuk Zaid Ibrahim

Tags: AIbank duniaGajet Dari ASHaramkanIMFMalaysiaSyarikat Komputer GergasiWajarzaid ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada orang ramai yang berdepan pelbagai masalah menggunakan aplikasi navigasi TuJu...

Malaysia Terima Sistem Anti-Dron RM40 Juta Daripada Jepun – Khaled Nordin

Malaysia Terima Sistem Anti-Dron RM40 Juta Daripada Jepun – Khaled Nordin

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal menerima bantuan sistem pertahanan anti-dron bernilai kira-kira RM40 juta daripada Jepun menerusi program Bantuan Keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd