KUALA LUMPUR – Semua Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan diminta tidak campur tangan dalam soal Dewan Keadilan Undang (DKU) dan institusi Raja.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ADUN BN Negeri Sembilan diminta memberi tumpuan kepada perkhidmatan untuk rakyat.
“Nasihat saya pada ADUN kita supaya tidak lagi campur tangan dalam DKU dan institusi diraja.
“Kita tumpukan memberikan perkhidmatan kerana wakil rakyat dipilih rakyat, mandat sudah diberikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, BN berpendirian permasalahan antara undang-undang dan institusi diraja dengan pentadbiran kerajaan mesti dipisahkan.
Kata beliau, kerajaan Negeri Sembilan walaupun tidak mempunyai EXCO sedang menyediakan draf untuk pembentangan Belanjawan 2027 bagi negeri. – MYNEWSHUB


