• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khaled Nordin Lawat Jepun Empat Hari, Perkukuh Kerjasama Pertahanan Dua Negara

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Khaled Nordin Lawat Jepun Empat Hari, Perkukuh Kerjasama Pertahanan Dua Negara
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memulakan lawatan kerja selama empat hari ke Jepun bermula hari ini hingga 21 Oktober bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Beliau yang selamat tiba di Lapangan Terbang Haneda berkata, lawatan kerja pertamanya ke Jepun itu antara lain melibatkan mesyuarat dua hala bersama Menteri Pertahanan Jepun, Shinjiro Koizumi.

Menurutnya, beliau turut dijadual mengadakan mesyuarat bersama Menteri Luar Jepun, Toshimitsu Motegi, selain menghadiri majlis menandatangani dokumen bantuan geran di bawah program Official Security Assistance (OSA) Kerajaan Jepun.

“Lawatan ini turut melibatkan pertemuan bersama Acquisition, Technology & Logistics Agency (ATLA) serta lawatan ke syarikat pertahanan Jepun, Toshiba,” katanya menerusi hantaran media sosial.

Mohamed Khaled berkata, berlandaskan Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-Jepun, lawatan berkenaan diharap dapat memperkukuh hubungan pertahanan serta memperluas kerjasama dalam bidang berkepentingan bersama.

Beliau turut berharap usaha itu membawa manfaat nyata kepada pertahanan negara, selain meningkatkan persefahaman kedua-dua negara dalam menghadapi cabaran keselamatan serantau.

Ketibaan beliau di Tokyo disambut Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani dan Atase Pertahanan Malaysia di Tokyo, Kepten Mohamad Fazri Ibrahim TLDM.

Turut menyertai lawatan itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan, Datuk Mohd Yani Daud dan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri. – MYNEWSHUB

Tags: Dua NegaraEmpat HariKerjasama PertahananKhaled NordinLawat JepunPerkukuh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Dikurniakan Darjah Tertinggi Jordan, Mahu Perkukuh Kerjasama Dua Hala

Sultan Ibrahim Dikurniakan Darjah Tertinggi Jordan, Mahu Perkukuh Kerjasama Dua Hala

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dikurniakan darjah tertinggi Kerajaan Hasyimiah Jordan, ‘The Collar of Hussein...

Kerajaan Akan Bawa Pakar Siasatan Jenayah, Psikologi Perkukuh Keselamatan Sekolah

Kerajaan Akan Bawa Pakar Siasatan Jenayah, Psikologi Perkukuh Keselamatan Sekolah

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan membawa lebih ramai tokoh dan pakar termasuk dalam bidang siasatan jenayah, psikologi, perkembangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd