• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khaled Nordin Puji Filem Takluk 2: Op Daulat

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Khaled Nordin Puji Filem Takluk 2: Op Daulat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan filem Takluk 2: Op Daulat sebagai medium penting dalam mengangkat kisah keberanian dan pengorbanan anggota keselamatan ketika mempertahankan kedaulatan negara.

Beliau berkata, filem yang mengetengahkan kisah pencerobohan Lahad Datu, Sabah pada 2013 itu turut mengingatkan rakyat bahawa keamanan dinikmati hari ini bukan sesuatu yang diperoleh dengan mudah.

“Filem ini mengingatkan kita tentang keberanian, kesetiaan dan pengorbanan anggota ATM serta PDRM dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Keamanan yang kita nikmati hari ini bukan datang bergolek,” katanya menerusi hantaran di media sosial selepas menghadiri Malam Gala filem Takluk 2: Op Daulat.

Menurutnya, filem merupakan medium penting untuk menghidupkan sejarah, mendekatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan rakyat serta menyemarakkan semangat patriotisme.

Beliau percaya penerbitan filem seumpama itu juga mampu menarik minat generasi muda untuk menyertai pasukan keselamatan.

“MINDEF akan terus menyokong usaha mengangkat kisah keperwiraan anggota keselamatan agar pengorbanan mereka sentiasa dikenang dan dihargai,” katanya.

Dalam pada itu, Khaled turut mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan produksi dan pelakon yang menjayakan filem berkenaan.

Beliau berharap Takluk 2: Op Daulat mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Khaled Nordin

Tags: FILEMKhaled NordinpujiTakluk 2: Op Daulat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Perancis Bincang Perolehan Helikopter, Jet Pejuang Rafale Dan Kapal Selam

Malaysia, Perancis Bincang Perolehan Helikopter, Jet Pejuang Rafale Dan Kapal Selam

18/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Perancis membincangkan beberapa cadangan kerjasama pertahanan termasuk perolehan helikopter Combat Search and Rescue (CSAR), sistem...

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

08/11/2026
0

AYER KEROH - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap segala usaha dan gerak kerja jentera Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.