• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Lembaga Adat Luak Jelebu mempertikaikan kesahihan proses pemilihan, pelantikan dan istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu ke-17 di Istana Besar Seri Menanti pada 14 Oktober 2026.

Menerusi kenyataan media bertarikh 14 Oktober, pihaknya mendakwa proses berkenaan tidak sah dan tidak diiktiraf berdasarkan lunas serta aturan adat purba Luak Jelebu.

Menurut kenyataan itu, pendirian berkenaan bersandarkan tiga perkara utama membabitkan proses pemilihan, aturan warisan dan pertikaian keputusan Dewan Keadilan dan Undang (DKU)

Pertama, Lembaga Adat mendakwa pemilihan dan pelantikan dibuat tanpa penglibatan, rujukan atau persetujuan mutlak daripada majoriti penyandang gelaran Dato’ Lembaga Adat Luak Jelebu yang sah mengikut nasab dan tertib adat purba.

Kedua, pihaknya mendakwa istiadat penzahiran tersebut membelakangkan institusi adat di peringkat luak, khususnya telapak waris, serta tidak mematuhi susur galur ketetapan Adat Perpatih dan Garis Panduan Pertabalan Undang Luak Jelebu.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Dato’-Dato’ Lembaga Adat Luak Jelebu telah membuat laporan polis pada 12 Oktober lalu bagi membantah penganjuran istiadat berkenaan.

Ketiga, Lembaga Adat mengekalkan pendirian bahawa sebarang keputusan atau ketetapan awal yang mengetepikan institusi Undang Luak Jelebu sedia ada dibuat secara sepihak serta masih tertakluk kepada pertikaian undang-undang dan adat yang belum diselesaikan sepenuhnya.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru seluruh anak buah luak dan masyarakat supaya tidak terkeliru dengan penzahiran tersebut.

Lembaga Adat turut menegaskan akan terus mempertahankan kedaulatan aturan adat demi memelihara maruah, keutuhan dan keharmonian institusi beraja serta institusi luak daripada sebarang cubaan campur tangan yang melanggar tradisi turun-temurun. – MYNEWSHUB

 

Tags: KesahihanLembaga AdatLuak JelebupelantikanpertikaiUndang Ke-17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mempersoalkan mengapa wujud standard berganda (dwi...

Syor RCI Jangan Lantik Ahli Politik ‘Dibakulsampahkan’ Madani – Fadhli Shaari

Syor RCI Jangan Lantik Ahli Politik ‘Dibakulsampahkan’ Madani – Fadhli Shaari

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sendiri 'membakulsampahkan' salah satu syor agar diwujudkan peruntukan untuk melarang pelantikan ahli-ahli politik yang aktif sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd