• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Janganlah Kerana Marahkan Saya, Isteri, Anak-Anak Dan Keluarga Terlibat, Mereka Tidak Bersalah” – Shuib

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
“Janganlah Kerana Marahkan Saya, Isteri, Anak-Anak Dan Keluarga Terlibat, Mereka Tidak Bersalah” – Shuib
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelawak dan usahawan Shuib tampil memohon maaf secara terbuka kepada Jep Sepahtu susulan kontroversi sindiran terhadap bekas rakan seperjuangannya itu dalam Doll’s Podcast bersama Azlee Senario.

Menerusi rakaman video di media sosial, Shuib berkata, beliau memilih berdiam diri hampir seminggu sejak kenyataan Jep pada 8 Oktober lalu kerana melalui tempoh sukar apabila dirinya, isteri, anak-anak, keluarga dan perniagaannya menerima kecaman serta penghinaan.

Shuib turut memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan tindakannya dalam podcast berkenaan dan mengakui kesilapan itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri..

Beliau turut memaafkan dan menghalalkan segala kecaman, penghinaan serta fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya dan keluarga.

Bagaimanapun, Shuib merayu orang ramai menghentikan segala andaian, makian dan fitnah, termasuk tindakan memboikot perniagaannya.

Katanya, Sepah Penyet, Bubblebee, Nusara Foods dan Sambal Hitam merupakan perniagaan sah serta halal yang menjadi sumber pendapatan keluarganya, selain digunakan untuk melangsaikan hutang Bubblebee.

“Janganlah kerana marahkan saya, isteri, anak-anak dan keluarga saya terlibat. Mereka tidak bersalah, saya yang bersalah,” katanya.

Dalam pesanan khusus kepada Jep, Shuib mengenang persahabatan hampir 20 tahun, termasuk segala susah senang dan kejayaan yang pernah dikecapi bersama.

“Kita kenal dekat 20 tahun, hampir separuh daripada hidup aku. Aku takkan boleh menidakkan kenangan yang telah pun kita bina selama hidup.

“Selama kita bekerjasama, susah senang yang kita pernah lalu, kejayaan yang pernah kita capai. Dan ianya akan aku simpan sebagai satu kenangan yang paling indah dalam hidup aku.

“Aku halalkan segala-galanya. Aku doakan kau, isteri kau Sari Yanti, anak-anak dan keluarga kau. Allah mudahkan segala urusan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: anak-anakisteriJanganlah Kerana Marahkan SayaKeluarga TerlibatMereka Tidak BersalahShuib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jep Sepahtu Minta Maaf Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Shuib, Dakwa Bukan Sindiran Tetapi Fitnah

Jep Sepahtu Minta Maaf Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Shuib, Dakwa Bukan Sindiran Tetapi Fitnah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelawak terkenal, Jep Sepahtu memaklumkan bahawa beliau sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib Sepahtu berhubung kenyataan yang...

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd