• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak-Anak Tidak Patut Terlepas Bantuan Awal Persekolahan Hanya Kerana Ibu Bapa Tidak Dapat Hadir

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Anak-Anak Tidak Patut Terlepas Bantuan Awal Persekolahan Hanya Kerana Ibu Bapa Tidak Dapat Hadir
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah mengkritik pesanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Menteri Pendidikan supaya Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tidak diberi kepada ibu bapa yang tidak hadir sendiri ke sekolah.

Ujar beliau, keadaan setiap keluarga berbeza dan anak-anak tidak sepatutnya terlepas bantuan kerajaan hanya kerana ibu bapa mereka tidak dapat hadir pada hari yang ditetapkan.

Katanya, terdapat ibu bapa yang bekerja syif, mencari rezeki sebagai pekerja gig, membesarkan anak seorang diri, uzur atau tinggal jauh dari sekolah.

Beliau turut mempersoalkan konsistensi pendirian Anwar yang sebelum ini mengkritik kaedah pengagihan Bantuan Kasih Johor (BKJ) secara bersemuka ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Namun, katanya, Perdana Menteri kini mewajibkan ibu bapa hadir sendiri ke sekolah bagi menerima BAP sebanyak RM200 untuk sesi persekolahan 2027.

“Tidak salah menyerahkan bantuan secara bersemuka. Namun, apabila kerajaan Johor menyalurkan BKJ dengan cara yang sama, pemimpin Pakatan Harapan mengkritiknya. PMX sendiri turut mengkritiknya semasa PRN Johor. Kini kaedah bersemuka dijadikan syarat bagi BAP,” katanya dalam satu kenyataan.

Md Israk berkata, kerajaan Johor ketika itu menerima teguran secara terbuka dengan tidak mewajibkan penerima uzur dan orang kurang upaya (OKU) hadir, membenarkan wakil mengambil bantuan serta menghantar bantuan ke rumah mereka yang tidak mampu hadir.

Beliau turut menggesa BAP dikreditkan terus ke akaun bank penerima seperti yang pernah dicadangkan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) terhadap BKJ ketika PRN Johor.

“Persoalan saya mudah: mengapa kaedah bersemuka dikritik apabila dilaksanakan oleh kerajaan Johor, tetapi kini dijadikan syarat yang lebih ketat bagi BAP? Dasar bantuan rakyat wajar dinilai dengan ukuran yang sama, tidak kira siapa yang melaksanakannya,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Israk Abdullah

Tags: anak-anakBantuan Awal PersekolahanterlepasTidak Patut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

28/10/2026
0

IPOH - Pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak terlepas hukuman mati selepas pertuduhan membunuh seorang pelajar Tingkatan...

“Janganlah Kerana Marahkan Saya, Isteri, Anak-Anak Dan Keluarga Terlibat, Mereka Tidak Bersalah” – Shuib

“Janganlah Kerana Marahkan Saya, Isteri, Anak-Anak Dan Keluarga Terlibat, Mereka Tidak Bersalah” – Shuib

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelawak dan usahawan Shuib tampil memohon maaf secara terbuka kepada Jep Sepahtu susulan kontroversi sindiran terhadap bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.