KUALA LUMPUR – Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhamad Taufiq Iskandar mendakwa rakyat Johor dan Negeri Sembilan sudah tertipu, sambil mengingatkan rakyat Melaka supaya tidak menerima nasib sama.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR Cabang Bandar Tun Razak berkata, dirinya pernah memberi amaran ketika berkempen di Johor bahawa mengundi Barisan Nasional (BN) akan membuka laluan kepada pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Aku dah kata awal dulu dah masa berkempen di Johor. Aku kata kalau undi Barisan Nasional, Najib akan keluar. Rakyat Johor, N9 sudah kena tipu,” dakwanya menerusi hantaran di Facebook.
Muhamad Taufiq turut memberi peringatan kepada rakyat Melaka supaya tidak terpedaya dengan perkembangan politik yang berlaku.
“Jangan tertipu di Melaka pula nanti. Nak ke Malaysia jadi seperti dulu? Rosak habis lingkup negara dapat dekat puak ni,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Taufiq Iskandar



