• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Kini Ke-10 Keseluruhan, Kelima Asia Timur Menurut Footy Rankings

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Kini Ke-10 Keseluruhan, Kelima Asia Timur Menurut Footy Rankings
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) kini menduduki tangga ke-10 keseluruhan dan kelima di Asia Timur menurut laman Footy Rankings, susulan pencapaian kelab itu dalam saingan bola sepak Asia dan serantau.

Menurut hantaran Johor Southern Tigers di media sosial, Harimau Selatan telah mewakili Malaysia menentang kelab dari 17 negara Asia lain dan menyumbang majoriti mata yang dikumpul.

Kejayaan JDT menewaskan Pohang Steelers 2-0 dalam Liga Juara-Juara AFC Elit (ACL Elite) 2026/27 di Korea Selatan, semalam turut menandakan perlawanan ke-100 kelab itu di peringkat Asia dan serantau sejak penampilan sulung pada 2015.

Sepanjang 100 perlawanan tersebut, JDT merekodkan 50 kemenangan, 16 seri dan 34 kekalahan, selain menjaringkan 173 gol, bolos 128 gol serta mencatat 33 perlawanan tanpa bolos.

Dalam Liga Juara-Juara AFC, JDT mengharungi 56 perlawanan dengan 21 kemenangan, sembilan seri dan 26 kekalahan.

Bagi saingan Piala AFC pula, JDT mencatat 24 kemenangan, lima seri dan tujuh kekalahan daripada 36 perlawanan, termasuk kejayaan muncul juara pada 2015 yang menjadikannya satu-satunya kelab Asia Tenggara pernah memenangi kejohanan itu.

Di Kejuaraan Kelab ASEAN (Shopee Cup), JDT pula mencatat lima kemenangan, dua seri dan satu kekalahan daripada lapan perlawanan.

Kemenangan ke atas Pohang Steelers itu turut menyaksikan JDT meraih kemenangan sulung dalam kempen ACL Elite musim ini. – MYNEWSHUB

Tags: Asia TimurFooty RankingsJDTKe-10 KeseluruhanKelima
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Raih Kemenangan Pertama ACL Elite 2026/27, Benam Pohang Steelers 2-0 Di Korea Selatan

JDT Raih Kemenangan Pertama ACL Elite 2026/27, Benam Pohang Steelers 2-0 Di Korea Selatan

13/10/2026
0

KOREA SELATAN - Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACL Elite) 2026/27 selepas...

JDT Buru Kemenangan Pertama ACL Elite 2026/27, Bertemu Kelab Korea Selatan Petang Ini

JDT Buru Kemenangan Pertama ACL Elite 2026/27, Bertemu Kelab Korea Selatan Petang Ini

13/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal berdepan cabaran getir apabila turun menentang kelab Korea Selatan, FC Pohang Steelers...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd