• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Armand Azha Beri Tempoh 24 Jam Sebelum Buat Laporan Polis Isu Gelaran ‘Datuk’

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Armand Azha Beri Tempoh 24 Jam Sebelum Buat Laporan Polis Isu Gelaran ‘Datuk’
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah mahu penjelasan daripada pihak terlibat dalam tempoh 24 jam berhubung penggunaan gelaran ‘Datuk’ oleh seorang individu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum beliau membuat laporan polis secara rasmi.

Beliau secara khusus meminta pandangan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) serta Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu tersebut.

“Saya nak tahu juga jawapan dalam masa 24 jam sebelum membuat laporan polis secara rasmi mengenai beliau,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Terdahulu, Armand mempertikaikan penjelasan individu terbabit yang menurutnya mendakwa penggunaan gelaran berkenaan dalam dokumen memorandum persefahaman (MoU) berpunca daripada kesilapan teknikal.

Katanya, sekiranya benar berlaku kesilapan, perkara itu sepatutnya dibetulkan sebelum dokumen berkenaan ditandatangani.

“Jika salah teknikal ketika MoU signing, kenapa tak tegur untuk ubah MoU tersebut? Tetapi masih terus tandatangan pada MoU tersebut,” katanya.

Beliau mendakwa perkara itu boleh disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan sekiranya ada pihak membuat laporan polis. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Armand Azha

Tags: 24 jamArmand AzhaBeri TempohBuat Laporan PolisIsu Gelaran ‘Datuk’Sebelum
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Adakah Penggunaan Elektrik Untuk Keperluan Asas Pembaziran? – Armand Azha

Adakah Penggunaan Elektrik Untuk Keperluan Asas Pembaziran? – Armand Azha

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr. Armand Azha Abu Hanifah mempersoalkan sama ada penggunaan elektrik bagi memenuhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd