• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT IV Juara Piala Belia Tiga Tahun Berturut-Turut

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
JDT IV Juara Piala Belia Tiga Tahun Berturut-Turut
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Skuad Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) IV terus membuktikan kehebatan mereka apabila muncul juara Piala Belia Bawah 18 Tahun (B18) buat kali ketiga berturut-turut.

Kejayaan itu disahkan susulan keputusan perlawanan hujung minggu lalu yang menyaksikan JDT IV mengumpul 52 mata, sekali gus memiliki kelebihan lapan mata mengatasi pencabar terdekat, Akademi Mokhtar Dahari A (AMD A)

Dengan AMD A hanya berbaki dua perlawanan, kedudukan JDT IV di puncak liga tidak lagi mampu dipintas, sekali gus mengesahkan kejuaraan lebih awal.

Kejayaan tiga tahun berturut-turut itu turut menyerlahkan pencapaian berterusan program pembangunan pemain muda Akademi JDT.

Sementara itu, skuad JDT V yang dibarisi pemain bawah 16 tahun berada di tangga kelima selepas mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang AMD A.

Menariknya, JDT V turut bersaing dalam kategori B18 bersama JDT IV, yang melibatkan penyertaan keseluruhan 12 pasukan.

Penyertaan kedua-dua skuad itu memberi peluang kepada pemain muda JDT menimba pengalaman kompetitif, termasuk berdepan lawan yang lebih berusia.

Kejayaan JDT IV sekali lagi mengukuhkan rekod akademi Harimau Selatan dalam saingan bola sepak pembangunan remaja negara. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Johor Southern Tigers

Tags: Berturut-TurutJDT IVjuaraPiala Beliatiga tahun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengecualian Cukai Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman Hanya 3 Tahun, PMX Umum 10 Tahun – MCA

Pengecualian Cukai Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman Hanya 3 Tahun, PMX Umum 10 Tahun – MCA

06/07/2026
0

YONG PENG - Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong mengesahkan tempoh pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Pendidikan Tunku Abdul...

JDT Cipta Sejarah Julang Piala Malaysia Empat Kali Berturut-Turut

JDT Cipta Sejarah Julang Piala Malaysia Empat Kali Berturut-Turut

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menjulang Piala Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd