• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Firdaus Wong Ucap Terima Kasih Kepada MB Selangor, Tetapi…

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Firdaus Wong Ucap Terima Kasih Kepada MB Selangor, Tetapi…
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari atas penjelasan berhubung isu tindakan terhadap rumah ibadat tanpa izin di negeri itu, namun tampil dengan satu lagi permintaan kepada kerajaan negeri.

Menerusi hantaran di media sosial, Firdaus meminta Amirudin mempertimbangkan untuk menyahrahsia satu surat berkaitan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor supaya kandungannya dapat diteliti sendiri oleh rakyat.

“Terima kasih di atas respon MB Selangor, Dato Seri Amirudin Shari ke atas persoalan saya.

“Memandangkan Dato Seri menyatakan dengan jelas ‘TIADA ARAHAN PEMBERHENTIAN TINDAKAN’ terhadap rumah anutan tanpa izin, maka dengan rendah diri saya ingin memohon agar Dato Seri boleh menyah rahsia surat, ‘Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke 9/2026’,” katanya.

Menurut Firdaus, surat berkenaan mempunyai nombor rujukan IPKSEL.UMMKNS (R) 600-3/2/1/2026 Jld. 2 (24) dan bertarikh 15 April 2026.

Beliau secara khusus meminta supaya dokumen berkenaan didedahkan bagi membolehkan orang ramai membaca sendiri kandungan Perkara 2.6 (ii)

“Saya harap permohonan saya ini dapat dipertimbangkan kerana saya yakin kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Dato Seri adalah telus,” katanya.

Terdahulu, Amirudin menerusi hantaran di Threads menegaskan bahawa tiada arahan pemberhentian tindakan terhadap rumah ibadat tanpa izin di Selangor. Penjelasan itu dibuat selepas Firdaus membangkitkan beberapa persoalan berkaitan tindakan penguatkuasaan berkenaan.

Amirudin menjelaskan penyelarasan semula yang dilaksanakan kerajaan negeri mengambil kira pandangan terutama daripada pihak pengurusan rumah ibadat, antaranya bagi mengelakkan penggunaan pita amaran.

Beliau turut menegaskan bahawa operasi perobohan serta notis perobohan rumah ibadat tanpa izin di seluruh Selangor tetap dilaksanakan seperti dijadualkan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Firdaus Wong Wai Hung

Tags: Firdaus WongKepadaMB Selangorrumah ibadattanpa izinTerima KasihtindakanUcap
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

Laman Facebook Najib Razak Ucap Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Laman Facebook Najib Razak Ucap Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuat naik ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd