• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fadhli Persoal Kesan Pendakwaan Terhadap Suhaily Kepada SOP AKPS, Moral Penjawat Awam

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada semua implikasi telah diteliti sebelum keputusan dibuat untuk mendakwa Datuk Seri Suhaily Zain di mahkamah berhubung dakwaan mengasari dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Menerusi hantaran di media sosial, beliau turut membangkitkan persoalan sama ada semua proses dalaman telah dilaksanakan dengan teliti sebelum pendakwaan diteruskan.

“Persoalannya, adakah semua kesan telah dikaji terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk meneruskan pendakwaan ini? Adakah semua proses dalaman telah dilakukan dengan teliti?” katanya.

Menurut Fadhli, keputusan untuk mendakwa seseorang di negara ini dibuat oleh Peguam Negara setelah berpuas hati dengan kertas siasatan yang dikemukakan pihak polis.

Bagaimanapun, beliau berpandangan pendakwaan terhadap Suhaily pada hari ini berpotensi memberikan kesan kepada prosedur operasi standard (SOP) Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), selain moral penjawat awam yang terlibat.

“Pendakwaan hari ini tentunya memberikan kesan kepada SOP AKPS dan moral penjawat awam yang terlibat,” katanya.

Pada masa sama, Fadhli turut mendoakan agar urusan Suhaily dipermudahkan dan keadilan dapat ditegakkan.

“Semoga dipermudahkan urusan Datuk Seri Suhaily hari ini yang dituduh di mahkamah atas dakwaan mengasari dua anggota polis di KLIA.

“Semoga keadilan dapat ditegakkan dengan sebaiknya,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fadhli Shaari

Tags: FadhliKepadaKesan PendakwaanMoral Penjawat AwampersoalSOP AKPSTerhadap Suhaily
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Puchong Persoal Caj CRESS – Kadar Asal 20 sen, Kerajaan Umum 14 Sen, Kemudian Jadi 18 Sen

Ahli Parlimen Puchong Persoal Caj CRESS – Kadar Asal 20 sen, Kerajaan Umum 14 Sen, Kemudian Jadi 18 Sen

16/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin mempersoalkan perubahan kadar caj akses sistem (SAC) di bawah Skim Pembekalan...

Zainul Rijal Persoal Kenyataan Tegas PMX Anwar Mengenai Pencerobohan Tanah, Mana Tindakan Susulan?

Zainul Rijal Persoal Kenyataan Tegas PMX Anwar Mengenai Pencerobohan Tanah, Mana Tindakan Susulan?

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mempersoalkan tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd