• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekarang Kita Tahu ‘Padang Tak Sama Rata’ – Nazri Aziz

oleh Ahmad Albab
03/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz terus lantang memberi kenyataan berkaitan krisisnya dengan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail apabila berkata, keadilan tidak wujud apabila melibatkan kritikan terhadap kerabat diraja.

Menurut beliau, semua orang perlu tahu bahawa kerabat diraja lebih tinggi daripada ahli politik, lantas tidak boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

BERKAITAN: “Anda Seorang Menteri, Bukannya Tuhan Dari Syurga…”

20140706_TunkuIsmail_ST

“Apabila Tunku Mahkota Johor serang Datuk Seri Najib (Razak), tiada apa boleh dilakukan terhadapnya kerana beliau dilindungi Akta Hasutan.

“Tetapi apabila saya pertahankan Najib, saya kena panggil. Sekarang kita tahulah, padangnya tidak sama rata,” kata Nazri seperti dilaporkan The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas bersedia disiasat pihak polis selepas amarannya terhadap TMJ menjadi pertikaian ramai.

“Saya seorang yang berpegang pada undang-undang dan akan berdepan undang-undang. Setakat ini saya tidak dipanggil… belum dipanggil lagi.”

Isu bermula selepas TMJ memberi komen terhadap kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak hadir dalam program#Nothing2Hide anjuran NGO SukaGuam bagi mejelaskan isu-isu berkaitan 1MDB, 5 Jun lalu.

Nazri kemudiannya bertindak memberi peringatan kepada Tunku Ismail agar tidak campur tangan dalam urusan politik negara.

Ia semakin berlanjutan setelah TMJ membalasnya dengan satu video, sebelum pihak berkuasa bertindak menyiasat kenyataan Nazri itu di bawah Akta Hasutan selepas menerima laporan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Nazri Aziz Nafi Konspirasi Di Milan Untuk Singkirkan Najib

Tags: JohorNajib Tun RazakNazri AzizTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

“Saya Berdiri Teguh Bersama ATM, Latihan  Operasi Amat Penting Demi Pertahanan Negara”

“Saya Berdiri Teguh Bersama ATM, Latihan Operasi Amat Penting Demi Pertahanan Negara”

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - "Saya berdiri teguh bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi akan sentiasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd