• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pengarah AKPS Buat Laporan Polis Susulan Video Tular Insiden Di KLIA

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Ketua Pengarah AKPS Buat Laporan Polis Susulan Video Tular Insiden Di KLIA
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain membuat laporan polis berhubung penyebaran video tular yang memaparkan satu insiden membabitkan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 1.

AKPS dalam kenyataan hari ini mengesahkan rakaman yang tular itu adalah rakaman sebenar yang dipetik daripada sistem kamera litar tertutup (CCTV) di KLIA Terminal 1.

Menurut agensi itu, kejadian berlaku pada 28 September lalu ketika Mohd Shuhaily mengadakan tinjauan bagi menilai tahap kesiapsiagaan operasi AKPS sempena ketibaan delegasi dan kru Formula 1 Bahrain Grand Prix 2026.

Dalam tinjauan tersebut, pasukan operasi turut menjalankan penguatkuasaan terhadap kegiatan individu warga asing yang disyaki terbabit dalam aktiviti ‘ulat’ di kawasan KLIA susulan aduan orang ramai serta dakwaan peningkatan aktiviti penyeludupan bahan terlarang dan kontraban.

Susulan operasi itu, seorang warga asing dikenal pasti sebelum dibawa ke ruangan bagasi untuk pemeriksaan lanjut.

AKPS menegaskan proses pemeriksaan dan temu bual ketika itu hanya melibatkan pasukan operasinya bersama Aviation Security (AVSEC) KLIA dan tidak melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau agensi penguatkuasaan lain.

AKPS menjelaskan video yang tular pula melibatkan dua individu lain yang bukan anggota pasukan operasi, yang didakwa memasuki ruangan bagasi berkenaan tanpa disedari pegawai sebelum merakam sesi temu bual antara Mohd Shuhaily dengan warga asing terbabit menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

Menurut AKPS, tindakan berkenaan telah menimbulkan provokasi serta menjejaskan kewibawaan operasi dan individu yang terlibat secara langsung.

Kedua-dua individu berkenaan kemudiannya membuat laporan polis masing-masing sehari dan dua hari selepas kejadian, sebelum klip rakaman tersebut tular di media sosial.

Susulan itu, Mohd Shuhaily turut membuat laporan polis berhubung tohmahan, rakaman serta penyebaran video berkenaan bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh, termasuk bagaimana rakaman itu diperoleh dan disebarkan.

AKPS berkata pihaknya percaya penyebaran rakaman berkenaan mempunyai unsur berniat jahat serta cubaan menjejaskan imej dan reputasi Ketua Pengarahnya serta agensi berkenaan.

Agensi itu bagaimanapun menegaskan pihaknya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Orang ramai turut diminta tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sehingga siasatan selesai. – MYNEWSHUB

Tags: AKPSBuatInsiden KLIAKetua Pengarahlaporan polisShuhailyvideo tular
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Penjelasan Shuhaily: Dua Individu Tiba-Tiba Muncul Rakam Penguatkuasaan AKPS Di KLIA

Penjelasan Shuhaily: Dua Individu Tiba-Tiba Muncul Rakam Penguatkuasaan AKPS Di KLIA

01/10/2026
0

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menjelaskan dua individu...

PMO Buat Laporan Polis Surat Palsu Kelulusan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta

PMO Buat Laporan Polis Surat Palsu Kelulusan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa Jemaah Menteri meluluskan cadangan Projek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd