• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara bermula 1 Januari 2027.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat Majlis MARA selepas meneliti hasil Kajian Keberkesanan Projek Rintis Pelantikan Warden Luar Sepenuh Masa Dalam Kalangan Bekas Tentera yang dilaksanakan di MRSM Besut dan MRSM Balik Pulau.

Menurutnya, kajian berkenaan diketuai Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman dari Institut Pengajian Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan hasil penyelidikan dibentangkan menerusi laporan setebal 191 muka surat.

Antara dapatan utama kajian adalah warden bekas tentera didapati berkesan dalam mengawal disiplin dan keselamatan fizikal asrama, selain menerima maklum balas positif daripada pelajar, ibu bapa serta pentadbir.

Asyraf Wajdi berkata, kehadiran warden secara kerap dan sistematik turut meminimumkan ruang berlakunya kejadian buli dan vandalisme, selain membantu pelajar berasa lebih selamat serta berdisiplin dalam aspek pematuhan waktu, kekemasan diri dan pengurusan asrama.

Katanya, pendekatan itu juga membantu mencanai nilai hormat dan adab serta memperkukuh aspek kerohanian pelajar menerusi penglibatan langsung warden dalam aktiviti keagamaan.

Pada masa sama, pelantikan warden sepenuh masa berkenaan mampu mengurangkan beban guru sekali gus membolehkan mereka memberikan tumpuan kepada kecemerlangan akademik dan bimbingan sahsiah pelajar.

“Hasil dapatan juga menunjukkan penurunan drastik isu-isu yang terkait dengan masalah disiplin pelajar, malah masalah buli sepanjang keberadaan warden ini hampir sifar,” katanya dalam kenyataan. – MYNEWSHUB

Tags: bekas tenteraJPJLantikMARAMulai 2027Sebagai WardenSemua MRSMSepenuh Masa
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

01/08/2026
0

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional (BN) sedang mendahului lebih 2,000 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berdasarkan kiraan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd