• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setinggi Mana Pun Kedudukan, Perlu Dengar Pesan Tuan Guru, Ulama – PMX Anwar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Setinggi Mana Pun Kedudukan, Perlu Dengar Pesan Tuan Guru, Ulama – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Setinggi mana pun kedudukan seseorang, kita tetap perlu merendah diri di hadapan ilmu.”

Itu penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memilih untuk mendengar terlebih dahulu pesan para tuan guru dan ulama ketika menghadiri Program Sebarkan Salam dan Pendang Berselawat di Pondok Mujamma’ Ibnu Sunni Al-Talaqqi (MUSHTAQ), Pendang, Kedah, malam tadi.

Menurut Anwar, pandangan golongan ulama perlu dihargai kerana mereka bukan sahaja mendalami kitab dan warisan ulama, malah memahami keresahan masyarakat serta cabaran yang sedang dihadapi umat.

“Saya memilih untuk mendengar terlebih dahulu pesan para tuan guru kerana setinggi mana pun kedudukan seseorang, kita tetap perlu merendah diri di hadapan ilmu dan menghargai pandangan mereka,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Anwar turut melahirkan rasa terharu melihat kehadiran orang ramai yang datang untuk mendengar tausiah, menuntut ilmu dan mengalunkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Katanya, sejarah bangsa tidak dapat dipisahkan daripada pondok dan pesantren yang terus memelihara iman, mempertahankan ilmu serta mendidik anak bangsa supaya tidak kehilangan jati diri ketika tanah air dijajah.

Justeru, beliau menegaskan jasa para tuan guru yang tekun mengajar meskipun dalam serba kekurangan tidak mungkin dilupakan, selain pendidikan pondok perlu terus diangkat martabatnya.

Menurutnya, generasi muda juga perlu didekatkan dengan khazanah ilmu Islam kerana sepantas mana sekalipun dunia berubah, kemajuan hanya membawa kebaikan apabila dipandu oleh iman, akhlak dan rasa tanggungjawab terhadap sesama insan.

Anwar berkata, pesan mengenai hikmah dan ihsan yang diterimanya turut mengingatkan bahawa Islam menuntut ketegasan dalam menegakkan keadilan dan menjaga amanah, namun ia perlu sentiasa disertai kasih sayang.

Katanya, ilmu seharusnya menjadikan seseorang lebih jujur, lebih santun ketika berbeza pandangan serta lebih peka terhadap kesusahan orang lain.

“Mudah-mudahan Allah SWT membimbing kita menjadi umat yang teguh imannya, luas ilmunya, indah akhlaknya dan sentiasa membawa rahmat kepada seluruh masyarakat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: anwarPerlu DengarPesan Tuan GuruPMXSetinggi Mana Pun Kedudukanulama
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jasa Ratusan Tahun Sekalipun Bukan Alasan Menyakau Merompak Harta Rakyat, Pelaku Rasuah Tempatnya Di Penjara – PMX Anwar

Jasa Ratusan Tahun Sekalipun Bukan Alasan Menyakau Merompak Harta Rakyat, Pelaku Rasuah Tempatnya Di Penjara – PMX Anwar

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jasa seseorang individu walaupun selama ratusan tahun tidak boleh dijadikan...

Sudah Tiba Masa Masyarakat Cina Berhenti Pertahankan PH, Anwar – Lee Chean Chung

Sudah Tiba Masa Masyarakat Cina Berhenti Pertahankan PH, Anwar – Lee Chean Chung

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya, Lee Chean Chung menggesa masyarakat Cina berhenti mempertahankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd