DUA kementerian dalam kerajaan yang sama tampil dengan kenyataan yang tidak sehaluan mengenai isu 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS)
Semalam KPM menyatakan syarat itu tidak lagi ditetapkan selepas mengambil maklum pandangan dan mengadakan perbincangan dengan MITI.
Belum sempat habis orang ramai menghadam kontroversi tersebut, hari ini MITI tampil dengan kenyataan menafikan terlibat dalam membuat keputusan tersebut.
Ini dinamakan malapetaka apabila satu kapal, dua kompas. Satu kompas ke kanan, satu lagi kompas ke kiri bikin anak kapal pening.
Sebuah kementerian yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dengan agenda yang semua sedia maklum.
Satu lagi kementerian dipimpin Barisan Nasional (BN) dengan agenda Bumiputera yang juga semua sedia maklum.
Dalam keadaan beginilah hujah gagasan penyatuan ummah tiba-tiba jadi lebih praktikal dan ‘applicable’
Meskipun penyatuan ummah akan melibat perbezaan organisasi, tetapi sudah pasti dalam haluan yang sama.
Ekuiti Bumiputera bukan sekadar angka. Sasaran 30 peratus mempunyai sejarah panjang dalam dasar ekonomi negara.
Malah, kerajaan sejak dulu memang menyasarkan pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus.
Sebab itu isu ini sangat sensitif. Sebarang perubahan dasar berkaitan ekuiti Bumiputera memerlukan penjelasan yang jelas.
Jangan main-main… – MYNEWSHUB


