• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak benar-benar dianggap sebagai “garis merah” parti berkenaan.

Kian Ming berkata, DAP tidak seharusnya sekadar menyatakan rasa tidak bersetuju terhadap perkembangan berkenaan, sebaliknya penyokong parti itu kini menantikan tindakan yang lebih konkrit daripada kepimpinannya.

Beliau berkata demikian menjelang mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP hari ini yang dijangka membincangkan pendirian dan tindakan susulan parti berhubung pelaksanaan baki hukuman Najib secara tahanan rumah.

Menurut Kian Ming, beliau yang kini bukan lagi ahli DAP mencadangkan supaya parti itu memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menggugurkan UMNO daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan sebelum mesyuarat Kabinet minggu depan.

Katanya, langkah itu pada pandangannya boleh menunjukkan tahap keseriusan DAP dan Pakatan Harapan (PH) terhadap pendirian UMNO yang menyokong pengampunan Najib serta usaha parti berkenaan mengumpulkan dana bagi membantu membayar denda RM50 juta.

Bagaimanapun, Kian Ming berpandangan sebarang kata dua sedemikian perlu disertai tindakan yang boleh dilaksanakan sekiranya tuntutan berkenaan tidak dipenuhi.

Beliau mencadangkan DAP menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan daripada Kabinet sebelum mesyuarat Kabinet pada Rabu, 23 September sekiranya Anwar tidak menggugurkan UMNO daripada pentadbiran.

Kian Ming turut membangkitkan pilihan lebih drastik iaitu DAP bukan sahaja keluar daripada Kabinet, malah menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan sekiranya UMNO terus berada dalam Kabinet.

“Jika isu 1MDB dan tahanan rumah Najib sememangnya satu ‘garis merah’ bagi DAP, maka masuk akal untuk DAP bukan sahaja keluar daripada Kabinet tetapi juga menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya Anwar tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut,” katanya.

Menurut Kian Ming, tindakan sedemikian akan memperlihatkan dengan jelas kepada penyokong DAP sejauh mana komitmen parti itu terhadap apa yang dianggap sebagai “garis merah”.

Pada masa sama, beliau berpandangan tidak wajar menyalahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berhubung keputusan Lembaga Pengampunan.

Kian Ming turut mengingatkan UMNO supaya berhati-hati dalam menguruskan reaksi terhadap isu tahanan rumah Najib.

Dakwanya, walaupun UMNO berhak menyokong bekas presidennya termasuk mengumpulkan dana, parti itu juga perlu mengambil kira kesan politik isu 1MDB terhadap BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dr. Ong Kian

 

Tags: DAPGaris MerahKian MingnajibPerlu Bertindak
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Zaid Sindir Anthony Loke Gesa Pengundi Melaka Luah Rasa Tidak Puas Hati Najib Jalani Tahan Rumah

Zaid Sindir Anthony Loke Gesa Pengundi Melaka Luah Rasa Tidak Puas Hati Najib Jalani Tahan Rumah

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menggesa pengundi Melaka yang tidak berpuas hati dengan keputusan membenarkan...

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd