• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Disaran Beri Rebat Isi Rumah Pasang Solar Kurangkan Bil Elektrik

oleh Mynewshub
17/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Disaran Beri Rebat Isi Rumah Pasang Solar Kurangkan Bil Elektrik
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan memberikan rebat kepada isi rumah yang memasang sistem tenaga solar sebagai langkah jangka panjang membantu rakyat mengurangkan bil elektrik.

Beliau berkata kerajaan juga wajar memberikan insentif kepada syarikat dalam industri solar bagi menggalakkan lebih banyak penyedia menawarkan perkhidmatan pemasangan kepada pengguna.

Menurutnya, peningkatan persaingan dalam industri berkenaan berpotensi membantu menurunkan harga sekali gus menjadikan pemasangan sistem solar lebih mampu milik kepada rakyat.

Muhamad Akmal berkata, rebat kerajaan pula boleh membantu mengurangkan kos pemasangan awal yang menurutnya menjadi antara halangan utama kepada isi rumah untuk beralih kepada penggunaan tenaga solar.

Cadangan itu dikemukakan selepas beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan akan meneliti langkah mitigasi segera bagi mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah terlibat.

Bagaimanapun, Muhamad Akmal berpandangan langkah jangka panjang turut diperlukan bagi membolehkan rakyat mengurangkan perbelanjaan elektrik secara berterusan dan tidak hanya bergantung kepada bantuan kerajaan.

Katanya, kebergantungan berterusan kepada bantuan bagi menampung kenaikan kos penjanaan elektrik berpotensi meningkatkan beban kewangan negara sekiranya harga bahan api meningkat.

Sebaliknya, pelaburan untuk membantu lebih banyak isi rumah menggunakan tenaga solar menurutnya berpotensi mengurangkan kebergantungan pengguna kepada bekalan elektrik daripada grid dalam jangka panjang.

“Sudah tiba masanya kerajaan menjadikan tenaga solar pilihan yang mampu dicapai oleh rakyat. Ringankan bil mereka hari ini, dan berikan mereka jalan untuk menjimatkan kos elektrik pada masa hadapan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Semalam, Anwar mengumumkan satu mesyuarat khas melibatkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kewangan (MOF) akan diadakan hari ini bagi meneliti langkah mitigasi segera berhubung isu kenaikan bil elektrik. – MYNEWSHUB

Tags: Beri RebatDisaranIsi RumahKerajaanKurangkan Bil ElektrikPasang Solar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Suhakam Gesa Tindakan Proaktif Tangani Ancaman Anjing Liar

Suhakam Gesa Tindakan Proaktif Tangani Ancaman Anjing Liar

14/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan secara proaktif...

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mempersoalkan mengapa wujud standard berganda (dwi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd