• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan Eng susulan gesaan bekas Menteri Kewangan itu supaya tindakan diambil terhadap Ahmad Zahid dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

Fadzmel mendakwa Guan Eng yang juga Penasihat DAP sebagai Menteri Kewangan paling gagal selain mempersoalkan sama ada beliau memahami proses kelulusan peruntukan serta tatacara kewangan kerajaan.

“Dia tahu tak, sejak zaman dialah hutang tertunggak-tunggak sehingga dibawa ke zaman Datuk Zahid? Dia tahu tak Kementerian Kewangan yang akan luluskan peruntukan dan akan dibawa ke Parlimen dulu?

“Dia tahu tak, ketika dia menjadi Menteri Kewangan paling gagal, dia sendiri pernah membentangkan bajet tambahan bagi perbelanjaan tahun 2018? Dalam anggaran pembangunan tambahan itu, Kementerian Kewangan sahaja melibatkan RM9.2 bilion,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau turut mempersoalkan sama ada berdasarkan hujah Guan Eng, tindakan juga sepatutnya diambil terhadap Menteri Kewangan ketika perbelanjaan tambahan berkenaan dibentangkan.

Menurut Fadzmel, sekiranya berlaku perbelanjaan yang tidak teratur atau melebihi peruntukan, perkara berkenaan tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan dan tidak boleh dilakukan sesuka hati.

“Sistem kewangan Kerajaan ini bukan kedai runcit, kalau ada orang nak buat perbelanjaan lebihan je dia akan terus trigger dalam sistem dan tidak membenarkan sesuatu projek atau program dibelanjakan sesuka hati.

“Lepas tu, ini bukan soal nak back up kontraktor. Kalau ada salah.. tunjuk la bukti. Jangan buat perangai DAP sangat.. lempar tuduhan dahulu, fakta kemudian,” katanya.

Fadzmel turut menegaskan isu berkenaan memberi kesan kepada kontraktor luar bandar termasuk kontraktor Melayu yang menurutnya sedang berdepan kesukaran.

“Ingat satu ni je la Lim Guan Eng… yang terkesan ialah kontraktor luar bandar, termasuk kontraktor-kontraktor Melayu yang memang sedang susah. Jangan hanya sebab kau dengki dekat Datuk Seri Zahid, mereka pula kau tuduh macam-macam,” katanya.

Sebelum ini, Guan Eng menggesa tindakan diambil terhadap Ahmad Zahid dan KKDW berhubung perbelanjaan kementerian itu yang didakwa melebihi peruntukan diluluskan.

Guan Eng mendakwa tindakan berkenaan perlu bagi mengelakkan kementerian lain melakukan perkara sama yang menurutnya boleh memudaratkan kedudukan kewangan negara.

Beliau turut menyifatkan tindakan Ahmad Zahid sebagai tidak bertanggungjawab kerana didakwa melanggar prosedur dan tatacara kewangan sedia ada serta boleh menggugat keselamatan kewangan dan kestabilan ekonomi negara. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fadzmel Fadzil

Tags: Fadzmel FadzilLim Guan Engmenteri kewanganPaling Gagal
Share207Tweet129SendShare

Related Posts

Adakah ‘Menteri Kewangan Terbaik Asia’ Boleh Ditipu Dengan Mudah? – Ahmad Fadhli

Adakah ‘Menteri Kewangan Terbaik Asia’ Boleh Ditipu Dengan Mudah? – Ahmad Fadhli

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada seorang pemimpin yang pernah dicanangkan sebagai ‘Menteri...

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd