• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan supaya tidak melihat Yoga semata-mata sebagai aktiviti fizikal kerana amalan berkenaan mempunyai latar belakang falsafah dan keagamaan yang perlu difahami.

Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi hantaran di media sosial berkata, sesuatu aktiviti yang kelihatan seperti senaman mungkin turut mengandungi fahaman, falsafah, ritual atau unsur keagamaan tertentu.

Menurut Jakim, Yoga berasal daripada falsafah agama Hindu dan antaranya dikaitkan dengan konsep penyatuan roh individu dengan roh alam semesta, selain pembebasan daripada karma serta mencapai moksha.

Jakim menjelaskan, Warta Kerajaan bertarikh 2 April 2009 memutuskan bahawa senaman Yoga yang menggabungkan amalan fizikal, unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram menurut syariat Islam serta dilarang diamalkan.

Jelasnya, perkara yang menjadi perhatian bukan semata-mata pergerakan fizikal, sebaliknya apabila senaman itu turut digabungkan dengan unsur keagamaan, pemujaan atau kepercayaan tertentu.

Dalam mencari ketenangan pula, Jakim mengingatkan umat Islam bahawa Allah SWT telah menunjukkan jalan menuju ketenangan melalui zikrullah atau mengingati-Nya.

Ia sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Ra’d ayat 28 yang bermaksud: “Orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingati Allah SWT). Ketahuilah dengan zikrullah itu memberi ketenangan hati.”

Menurut Jakim, umat Islam tidak perlu mencari kekuatan spiritual melalui kepercayaan yang bercanggah dengan tauhid, sebaliknya boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui solat, doa, zikir, membaca al-Quran dan amalan soleh.

Pada masa sama, masyarakat dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan aktiviti yang menggunakan label seperti ‘wellness’, ‘mindfulness’, ‘spiritual healing’ atau ‘inner peace’ tanpa terlebih dahulu memahami kandungannya.

Jakim turut mengingatkan umat Islam supaya berwaspada terhadap sebarang aktiviti atau senaman yang mempunyai unsur kepercayaan agama lain, mistik serta perkara yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

“Jaga badan. Jaga jiwa. Jaga akidah,” menurut hantaran berkenaan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Bahagian Dakwah – Jakim

 

Tags: Bahagian DakwahJakimsenamanyoga
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz

Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan tindakan susulan pihak berkuasa agama selepas sesi tabayyun berhubung kandungan sebuah...

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd