• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Lulus Tambahan RM47.13 Juta Bantuan Kasih Johor Fasa 4

oleh Mynewshub
28/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Johor Lulus Tambahan RM47.13 Juta Bantuan Kasih Johor Fasa 4
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM47.13 juta bagi rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 yang bakal memberi manfaat kepada lebih 235,000 rakyat negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan berkenaan dijangka mula disalurkan pada minggu ketiga September.

“Syukur Alhamdulillah, berita baik buat Bangsa Johor. Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM47.13 juta bagi rayuan BKJ Fasa 4 yang akan memberi manfaat kepada lebih 235 ribu Bangsa Johor.

“Insya-Allah, bantuan ini akan mula disalurkan bermula minggu ketiga September,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Menurut Onn Hafiz, peruntukan tambahan itu melibatkan 21 kategori penerima daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Antaranya ialah warga emas, suri rumah tidak bekerja, pasangan baharu berkahwin, penjaja dan peniaga kecil, golongan orang kurang upaya (OKU), anak yatim, keluarga miskin, penggerak komuniti, petugas serta sukarelawan.

Beliau berkata, pelaksanaan rayuan berkenaan dibuat selepas mengambil kira rayuan dan maklum balas yang diterima daripada rakyat Johor sepanjang pelaksanaan BKJ Fasa 4.

Katanya, setiap rayuan telah diteliti dan disemak sewajarnya bagi memberi peluang kepada mereka yang memenuhi syarat untuk menerima manfaat, sekali gus memastikan golongan yang benar-benar layak tidak tercicir.

Onn Hafiz berkata, kemampuan kewangan negeri yang semakin baik turut memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk mengembalikan lebih banyak manfaat kepada rakyat.

“Alhamdulillah, kemampuan kewangan negeri yang semakin baik memberi ruang untuk lebih banyak manfaat dikembalikan kepada rakyat.

“Saya juga sedar dan insaf bahawa masih banyak yang perlu kita lakukan, dan bukan semua perkara dapat diselesaikan dalam satu masa.

.“Namun, kita akan terus berusaha menambah baik setiap inisiatif dan memperluas manfaat agar lebih ramai Bangsa Johor dapat merasai hasil kemajuan dan kemakmuran negeri ini,” katanya.

Beliau berharap bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima selain mengajak rakyat mendoakan supaya hasil negeri dan ekonomi Johor terus diperkukuh.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para penerima.

Sama-samalah kita berdoa agar hasil negeri dan ekonomi Johor terus diperkukuh, supaya lebih banyak manfaat dapat dikembalikan kepada Bangsa Johor pada masa akan datang. Insya-Allah,” katanya.

Sumber Info: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Bantuan Kasih JohorBKJDatuk Onn Hafiz GhaziFasa 4menteri Besar JohorRayuanRM47.13 jutaTambahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Harap Sikap Saling Membantu, Menghormati Terus Jadi Budaya Bangsa Johor

Onn Hafiz Harap Sikap Saling Membantu, Menghormati Terus Jadi Budaya Bangsa Johor

26/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap sikap saling membantu dan menghormati terus menjadi budaya dalam...

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

14/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri akan terus memberikan perhatian kepada perkara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd