• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

oleh Mynewshub
14/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak tepat dan perlu dikembalikan kepada 300 liter dengan segera.

Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata, dengan kos sara hidup yang terus meningkat, simpanan dan kuasa beli rakyat semakin terhakis.

“Kini walaupun mempunyai simpanan persaraan sebanyak RM1 juta, jumlah tersebut juga dianggap belum tentu mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara.

“Saya menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memahami tekanan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat dan mengembalikan kuota subsidi BUDI95 kepada 300 liter sebulan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, ramai rakyat mengadu selepas kuota BUDI95 dikurangkan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, jumlah tersebut tidak mencukupi untuk keperluan harian mereka.

Justeru, beliau berharap Anwar dapat mendengar suara dan keluhan rakyat serta mempertimbangkan untuk mengembalikan kuota BUDI95 kepada 300 liter sebulan bagi pengguna individu dan peniaga.

“Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, langkah ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban rakyat dan memberikan ruang untuk mereka mengurus perbelanjaan harian dengan lebih baik,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

Tags: 200 liter300 literBUDI95Datuk Seri Anwar IbrahimEkonomiFahamiKembalikanLim Guan EngPenasihat DAPPengurangan kuota Budi Madani RON95Perdana MenteriRakyatTekanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Menginsafi Masih Banyak Perlu Dilaksanakan Kerajaan Madani” – PMX Anwar

“Saya Menginsafi Masih Banyak Perlu Dilaksanakan Kerajaan Madani” – PMX Anwar

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau menginsafi bahawa masih banyak yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan...

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd