• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Sinaran UV, Jaga Diri dan Keluarga – TPM Zahid

oleh Mynewshub
13/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Waspada Sinaran UV, Jaga Diri dan Keluarga – TPM Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap keamatan sinaran ultraungu (UV) ketika negara sedang melalui Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga September ini.

Beliau berkata, dalam keadaan cuaca yang lebih panas, kurang hujan dan langit yang lebih cerah, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di luar, khususnya antara pukul 11 pagi hingga 4 petang apabila sinaran UV lazimnya mencapai tahap maksimum.

Menurut beliau, lapisan ozon merupakan pelindung semula jadi Bumi daripada sinaran UV Matahari.

“Namun, tahap sinaran UV yang sampai ke permukaan turut dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk kedudukan matahari, litupan awan, kandungan ozon dan keadaan atmosfera semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyarankan beberapa langkah mudah yang boleh diamalkan orang ramai, antaranya mengurangkan aktiviti di luar antara pukul 11 pagi hingga 4 petang, menggunakan sunscreen SPF 30 atau lebih serta memakai pakaian yang sesuai, topi dan cermin mata hitam dengan perlindungan UV.

“Jika perlu berada di luar, berteduh atau berada di kawasan berbumbung serta pastikan pengambilan air yang mencukupi, terutama ketika cuaca panas,” katanya.

Perhatian lebih juga perlu diberikan kepada kanak-kanak, warga emas serta mereka yang banyak bekerja di luar bangunan.

“Satu perkara yang perlu kita fahami, suhu yang panas tidak semestinya bermaksud Indeks UV tinggi kerana kedua-duanya tidak mempunyai hubungan secara langsung.

“Jadi, sentiasalah peka dengan keadaan semasa dan ikuti maklumat serta nasihat yang dikeluarkan oleh MET Malaysia.

“Jaga diri, jaga keluarga dan jangan ambil mudah apabila berada terlalu lama di bawah sinaran matahari,” katanya. – MYNEWSHUB

 

 

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiSinaran UVTimbalan Perdana Menteriwaspada
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

08/08/2026
0

KUDAT - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan BN masih terbuka kepada rundingan pengagihan mahupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd