• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

oleh Mynewshub
13/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad kepada tahun 2014 hingga 2020 sahaja.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, adalah wajar kajian menyeluruh mengenai keseluruhan sejarah tadbir urus Tabung Haji dengan turut membuat penelitian terhadap tempoh-tempoh lain.

“Termasuk perkembangan dan keputusan selepas tahun 2020 seperti peranan yang dimainkan oleh Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) sejak penubuhannya sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, Zambry berkata, RCI adalah mekanisme yang diwujudkan di bawah undang-undang negara untuk menyiasat isu berkepentingan awam.

Menurut beliau, laporan tersebut perlu diteliti secara objektif, berasaskan fakta dan bukti, bukannya dijadikan bahan penghukuman politik.

Dalam pada itu, katanya, dapatan RCI menyentuh isu tadbir urus, struktur kuasa, pemisahan fungsi dan mekanisme semak imbang.

Kata beliau, perkara-perkara itu perlu dilihat sebagai asas untuk memperkukuh institusi Tabung Haji, bukan mencari keuntungan politik jangka pendek.

“BN menyambut baik usaha penambahbaikan
yang telah dilaksanakan, termasuk pelaksanaan syor-syor RCI dan berpandangan bahawa transformasi institusi perlu diteruskan secara konsisten,” katanya.

Tambah beliau, BN menyeru semua pihak mengelakkan tuduhan melulu, penghakiman politik sebelum proses perundangan selesai dan naratif yang boleh menjejaskan keyakinan pendeposit tanpa asas yang bertanggungjawab.

“BN berpandangan bahawa sidang khas Parlimen telah membuka ruang yang luas untuk penelitian awam terhadap laporan RCI Tabung Haji. Ketelusan telah dilaksanakan. Perbahasan telah berlangsung. Transformasi sedang berjalan.

“Fokus selepas ini bukan lagi untuk menimbulkan persepsi ada pihak cuba menyembunyikan sesuatu, tetapi untuk memastikan tadbir urus Tabung Haji terus diperkukuh, syor-syor penambahbaikan dilaksanakan sepenuhnya dan keyakinan pendeposit serta umat Islam terhadap institusi Tabung Haji terus terpelihara,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: 20142020Barisan NasionalDatuk Seri Dr Zambry Abd KadirkajianKenyataan MediaRCISkopTabung HajiTidak TerhadUJSB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung...

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd