• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

oleh Mynewshub
10/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Nama Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bergema di pentas bola sepak antarabangsa apabila kejayaan mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea 3-3 dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi mendapat perhatian media antarabangsa.

Lebih membanggakan, wartawan sukan dan pakar pasaran perpindahan pemain bola sepak antarabangsa dari Itali, Rudy Galetti, menyifatkan pencapaian JDT itu sebagai sesuatu yang “magnificent” atau mengagumkan.

Galetti menerusi hantaran di media sosial berkata, Chelsea berjaya seri 3-3 dengan JDT, sebuah kelab yang kini berada di ambang mencipta sejarah bola sepak dunia dengan potensi rekod 109 perlawanan liga tanpa kalah.

Menurutnya, di bawah naungan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, JDT telah berkembang menjadi antara projek bola sepak paling mengagumkan di Asia, termasuk memiliki kemudahan serta standard bertaraf Liga Perdana Inggeris.

“Chelsea mempunyai bajet sekitar £300 juta, manakala JDT beroperasi dengan £11 juta: mengagumkan,” katanya.

Pujian itu sekali gus memberikan gambaran betapa perkembangan JDT bukan sahaja mendapat perhatian di Malaysia, malah mula diiktiraf oleh pemerhati bola sepak antarabangsa.

Dalam pada itu, laman media sosial rasmi Chelsea Football Club yang mempunyai lebih 58 juta pengikut turut membuat hantaran mengenai aksi berkenaan.

Laman Facebook Johor Southern Tigers pula memaklumkan seramai 28,741 penyokong hadir menyaksikan pertembungan sengit yang berkesudahan 3-3 sambil merakamkan penghargaan kepada semua penyokong yang hadir memberikan sokongan.

“28,741 fans watched a fierce encounter that ended 3-3. Thank you to all the fans that came out tonight – we felt your roar,” menurut hantaran berkenaan.

Keputusan 3-3 itu membuktikan JDT bukan sekadar pelengkap dalam aksi persahabatan menentang kelab ternama dunia, sebaliknya mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan yang mempunyai reputasi dan sumber kewangan jauh lebih besar.

Lebih penting, aksi tersebut turut menjadi pentas untuk JDT memperlihatkan kemampuan kelab dari Asia bersaing di pentas global, sekali gus mengangkat nama bola sepak Malaysia ke perhatian peminat antarabangsa. – MYNEWSHUB

 

Tags: 3-3ChelseaJDTJohor Darul Ta’zimMagnificentmengagumkanPemangku Sultan JohorRudy Galettistadium sultan ibrahimTunku Mahkota IsmailWartawan Sukan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Bikin Chelsea Cemas, ‘The Blues’ Nyaris Tewas Di Stadium Sultan Ibrahim

JDT Bikin Chelsea Cemas, ‘The Blues’ Nyaris Tewas Di Stadium Sultan Ibrahim

09/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi membuktikan prestijnya apabila tampil berani dan tidak gentar...

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Pemilik Chelsea FC

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Pemilik Chelsea FC

09/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerima menghadap pemilik bersama Chelsea FC hari ini. Pertemuan baginda dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd