JOHOR BAHRU – Laman Facebook Johor Southern Tigers mencuri perhatian penyokong selepas memperkenalkan jersi baharu penjaga gol kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2026/27.
Menerusi hantaran itu, JDT memperkenalkan jersi berkenaan dengan slogan “Bold colours. Bigger saves.” sambil menyifatkan rekaan tersebut diinspirasikan oleh kreativiti, tenaga dan personaliti para penjaga gol di bawah tema “The Art of Defense”
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada penyokong yang memuji reka bentuk serta pilihan warna jersi berkenaan.
Seorang pengguna Facebook, Fei Tok Ayah menyifatkan jersi itu sebagai “memyala” dan terbaik untuk musim baharu.
“Aku sebagai goalkeeper mengatakan semuanya cantik,” kata Ady Guerrero yang turut memuji rekaan jersi tersebut.
Firdaus Esa pula berharap JDT turut menjual jersi penjaga gol kepada penyokong.
“Smart jugak.. tahun ni try la jual jersi keeper sekali,” tulisnya.
Sementara itu, Epul Jdt berpendapat rekaan jersi penjaga gol sahaja sudah kelihatan menarik dan tidak sabar menantikan pelancaran jersi pemain.
“Ni baru jersey keeper dah cantik design-nya. Belum lagi jersey player,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Johor Southern Tigers


