• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enggan Berhenti, DAP Pecat S/U Pas P. Pinang

oleh
16/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kemelut DAP-Pas semakin meruncing apabila Setiausaha Pas Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lalu.

Notis bertarikh 12 Jun 2015 dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu telah dihantar dengan tangan kepada Mohd. Fadzil Kemi yang memegang jawatan tersebut kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Komtar.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut berkata, beliau yakin notis itu telah diterima pegawai berkenaan pada tarikh sama kerana dihantar terus dengan tangan kepada penerima.

“Notis pemberhentian perkhidmatan itu berkuat kuasa 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras fasal 9, perjanjian kontrak telah dihantar kepada Mohd. Fadzil,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Habis madu sepah dibuang. Saat-saat kemesraan antara Mohd. Fadzil Kemi dengan Lim Guan Eng sambil disaksikan Mohamad Sabu. – Gambar hiasan

Ujar Farizan lagi, dalam tempoh perjanjian kontrak selama setahun yang ditandatangani pada 12 Disember tahun lepas, mana-mana pihak berkenaan boleh menghentikan kontrak tersebut tanpa memberi sebarang alasan.

Sementara itu Mohd. Fadzil ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai tindakan pemecatan drastik tersebut sebaliknya menegaskan supaya menunggu penjelasan daripada peguam.

“Tunggu komen peguam. Tiada komen lanjut,” katanya yang juga ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang dan beliau turut enggan mengulas sama ada pemecatannya merupakan tindakan wajar Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Malah Mohd. Fadzil enggan menjawab sama ada kes pemecatannya itu sudah dirujuk kepada Pas Pusat susulan arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendesak wakil- wakil Pas dalam kerajaan negeri untuk mengundur diri.

Tinggal kenangan. Mohd. Fadzil Kemi (duduk dua dari kiri) bersama Exco Kerajaan Pulau Pinang, Chong Eng (duduk tengah) dalam program DAP Bukit Mertajam. – Gambar hiasan

Pemimpin DAP itu berkata adalah tidak logik kepimpinan baharu Pas masih cuba berbelit-belit kononnya masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP apabila ‘dilulus tanpa bahas’ ketika muktamar Pas.

Guan Eng berkata setakat ini tiga wakil Pas dalam kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Mohamad Sabu, Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussain telah secara sukarela meletakkan semua jawatan mereka serta-merta.

Kemelut DAP-Pas tegang selepas Dewan Ulama Pas sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk penamatan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 awal bulan ini tanpa dibahaskan perwakilan.

Peliknya parti itu masih lagi meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang kerana bimbang kepentingan mereka terjejas di Pulau Pinang dan Selangor. – Agensi/Mynewshub/H.A.A

Tags: DAPLim Guan EngMuktamar PASTahaluf Siyasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd