KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh yakin PH akan bangkit dalam masa terdekat.
Kata beliau, semua pihak bakal melihat PH akan memenangi pilihan raya yang terdekat dan juga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16)
“Kita akan tengok dalam masa yang terdekat ini dan kita akan tengok pada PRU yang akan datang,” dakwanya menerusi satu rakaman video di media sosial.
Terdahulu, beliau melahirkan rasa kesal kerana Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Beliau mendakwa kemenangan BN itu kerana sentimen Melayu mengatasi skandal 1MDB, FELDA dan Tabung Haji.
Ismail namun percaya sebahagian besar orang Melayu akan memahami beza antara politik berteraskan prestasi dan politik identiti.
“Walaupun sebesar itu skandal, tetapi apabila masuk pilihan raya bermain dengan sentimen Melayu, identiti Melayu, maka mereka menang di Johor dan di Negeri Sembilan.
“Saya rasa dalam masa yang terdekat, apabila kefahaman ini difahami oleh sebahagian besar daripada orang Melayu, maka politik identiti itu mampu diatasi,” dakwanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Dato Dr Ismail Salleh


