• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Negeri Pertama Perkenal Sistem Logistik Halal

oleh Mynewshub
29/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Johor Negeri Pertama Perkenal Sistem Logistik Halal
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Johor menjadi negeri pertama di Malaysia melaksanakan sistem logistik halal sebagai langkah memperkukuh integriti rantaian bekalan produk halal, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna terutama umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pelaksanaan sistem itu dibuat susulan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya percampuran produk halal dan tidak halal sepanjang proses penyimpanan serta penghantaran produk secara pukal.

Menurutnya, inisiatif tersebut merupakan antara agenda utama di bawah Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 yang diumumkan pada tahun 2025.

“Pengeluar, pengimport dan pengeksport yang mahu produk mereka diperakui halal serta memenuhi piawaian Pensijilan Halal Malaysia diwajibkan menggunakan sistem logistik halal yang disediakan di Johor.

“Jika mereka mahu produk diperakui halal dan mematuhi semua syarat pensijilan halal Malaysia, penggunaan sistem logistik halal ini adalah mandatori,” katanya selepas merasmikan penutupan Konvensyen Logistik Halal Johor 2026 di sini, hari ini.

Konvensyen tersebut dianjurkan oleh Johor Halal Development Corporation Sdn. Bhd. (JHDC) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mohd Fared berkata, kerajaan negeri berhasrat menjadikan Johor sebagai perintis kepada sistem logistik halal negara sebelum ia diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Katanya, semua produk yang memasuki Johor, sama ada melalui pengeluar, pengimport atau pengeksport, perlu menggunakan rangkaian logistik halal bagi memastikan status halal produk kekal terpelihara sehingga sampai ke tangan pengguna.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem itu bukanlah satu beban kepada industri, sebaliknya memberi nilai tambah kepada pengeluar kerana mampu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk yang dipasarkan.

“Apabila pengguna yakin terhadap produk anda, permintaan juga akan meningkat kerana produk tersebut telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan pihak berkuasa halal termasuk aspek logistik sebelum sampai kepada pengguna,” katanya.

Menurut beliau, ekosistem logistik halal yang dibangunkan tidak hanya tertumpu di pelabuhan, malah turut melibatkan lapangan terbang, stesen kereta api dan semua pintu masuk yang beroperasi merentas sempadan Johor.

Tambahnya, kerajaan negeri juga akan
bekerjasama dengan Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor bagi menyelaraskan pembabitan pusat data serta memanfaatkan potensi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dalam menjayakan sistem logistik halal berkenaan. – MYNEWSHUB

 

Tags: JohorMohd Fared Mohd KhalidNegeri PertamaPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negerisistem logistik halal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengisytiharkan esok Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang...

DAP Hilang Empat Kerusi, PKR Dan Amanah Masing-Masing Hanya Menang Satu Kerusi

DAP Hilang Empat Kerusi, PKR Dan Amanah Masing-Masing Hanya Menang Satu Kerusi

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) mengalami kemerosotan ketara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila parti komponen utamanya, DAP,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd