KUALA LUMPUR – Dua pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) dilantik semula sebagai pengerusi badan berkanun iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Muhammad Faiz Fadzil.
Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Pelantikan itu menerima ucapan tahniah oleh pengurusan tertinggi dan warga LPP di media sosial.
Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil pula dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menerusi hantaran di media sosial mengucapkan tahniah atas pelantikan semula itu. – MYNEWSHUB


