• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Sembilan Perlu Tarik Pelaburan Berteknologi Tinggi, Tawar Gaji Lumayan

oleh Mynewshub
29/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Negeri Sembilan Perlu Tarik Pelaburan Berteknologi Tinggi, Tawar Gaji Lumayan
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan negeri ini perlu memberi tumpuan kepada usaha menarik pelaburan berteknologi tinggi yang mampu menawarkan gaji tinggi kepada rakyat.

Beliau berkata, Negeri Sembilan tidak lagi boleh lagi bergantung kepada industri yang menawarkan gaji rendah kerana ia tidak sesuai dengan keperluan tenaga kerja tempatan yang semakin berpendidikan.

“Kita tidak mahu lagi membawa industri yang memerlukan sehingga 1,000 pekerja, tetapi hanya menawarkan gaji RM700 atau RM800. Anak-anak kita sudah keluar universiti dan kolej, takkan mereka mahu bekerja dengan gaji seperti itu.

“Industri seperti itu lebih sesuai ditempatkan di negara yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai seperti Indonesia, Thailand atau Vietnam,” katanya ketika ditemu ramah sebuah portal berita pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Mohamad berkata, sebaliknya negeri itu perlu menarik pelaburan berteknologi tinggi yang memerlukan tenaga kerja mahir dan menawarkan pendapatan lebih lumayan.

Menurutnya, langkah itu bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada graduan tempatan, malah mampu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh asing secara berperingkat.

“Kita cuma mahu menarik industri yang berteknologi tinggi supaya anak muda kita yang mempunyai kelayakan ada tempat untuk bekerja.

“Perlahan-lahan nanti kita akan mengurangkan masalah kebergantungan kepada tenaga buruh asing. Kita mahu memberi peluang kepada penduduk tempatan dan anak-anak muda kita. Itulah antara fokus Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata, pengalamannya membawa masuk industri automotif ke Negeri Sembilan sebelum ini membuktikan pelaburan berteknologi tinggi mampu mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti.

“Industri pemasangan kereta misalnya memerlukan juruteknik dan tenaga mahir, bukannya pekerja buruh kasar. Ini memberi lebih banyak ruang pekerjaan dengan pendapatan yang lumayan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad turut mengakui Negeri Sembilan masih berdepan beberapa cabaran termasuk jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin, isu perumahan mampu milik serta pengangguran dalam kalangan graduan.

“Masalah kita adalah berkenaan dengan ketidakseimbangan antara bandar luar bandar, antara orang yang berada tidak berada. Dia punya ratio itu terlampau besar. Itu kita kena tangani betul-betul.

*Kalau tidak, masyarakat akan merasa gelisah. Kita tak mahu itu terjadi. Kita kena pastikan supaya ‘gap” antara pendapatan tinggi dan rendah itu mesti kita pastikan dia tidak terus melebar,” katanya.

Sslain itu, kata beliau, BN merancang membina 25,000 rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri.

“Kita ada dasar perumahan kerajaan negeri dulu yang 80,000 itu. Rumah itu ‘very highly subsidized’. Beli saja dah untung dah.
Jadi untuk mendapatkan pinjaman bank, dia tidak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata, kadar pengangguran dalam kalangan graduan juga perlu diberi perhatian kerana ia berpunca daripada kegagalan menarik pelaburan yang menawarkan pekerjaan berpendapatan tinggi.

“Kalau jurang pendapatan terus melebar, masyarakat akan berasa gelisah. Sebab itu kita perlu memastikan lebih banyak pelaburan berkualiti masuk ke Negeri Sembilan supaya lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi dapat diwujudkan,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: berteknologi tinggiDatuk Seri Mohamad HasanGaji tinggipelaburanPengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri SembilanPRN Negeri SembilanRakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran DAP Kata Melayu Tidak Hilang Kuasa Politik Jika Undi Bumiputera Berpecah

Veteran DAP Kata Melayu Tidak Hilang Kuasa Politik Jika Undi Bumiputera Berpecah

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa kuasa politik Melayu tidak akan hilang sekiranya undi bumiputera berpecah....

Harga Diri Rakyat Negeri Sembilan Tak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit

Harga Diri Rakyat Negeri Sembilan Tak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit

28/07/2026
0

JELEBU - Rakyat Negeri Sembilan diseru memberi mesej yang jelas pada 1 Ogos ini bahawa harga diri dan undi mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd