• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anthony Loke Dipuji Cedok Bihun Goreng Untuk Penduduk

oleh Mynewshub
28/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Anthony Loke Dipuji Cedok Bihun Goreng Untuk Penduduk
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook menerima pujian susulan satu rakaman video memaparkan beliau mencedok bihun goreng untuk orang ramai.

Rakaman video Anthony Loke dipercayai ketika berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah itu turut dikongsikan oleh Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali di media sosial.

Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 15 saat itu, Anthony Loke selaku calon PH dilihat mengisikan bihun goreng ke dalam pinggan orang ramai termasuk untuk penduduk Melayu beragama Islam.

Sebilangan netizen menyifatkan rakaman video mencedok bihun goreng itu bukti bahawa Menteri Pengangkutan tersebut merupakan seorang pemimpin yang sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat.

Seorang pengguna Facebook, Nor Liza Abdul Rani menulis, “Terbaik PH. Alhamdulillah,” manakala seorang lagi pengguna, Lee Boon Yew turut memuji kepimpinan Anthony Loke.

“Loke patutlah dipilih sebagai YB Chennah. Mesra rakyat dan sentiasa turun padang,” katanya sambil menyertakan emoji tanda bagus. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video/Komen Netizen: Akaun Media Sosial Sheikh Omar Ali

 

Tags: Anthony Loke Siew FookBihun Gorengcalon PHCedokDUN ChennahkempenmakananMencedokMenteri Pengangkutanpakatan harapanPengerusi DAP Negeri SembilanpingganPRN Negeri Sembilanpujianvideo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin masyarakat India, Muralitharan Ramachandran menyeru masyarakat India di Negeri Sembilan melakukan perkara yang sama seperti di...

Duit Minyak Diagihkan Di Beberapa DUN?

Duit Minyak Diagihkan Di Beberapa DUN?

28/07/2026
0

SEREMBAN - Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mendakwa berlaku politik wang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Ketuanya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd