• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Otak Melayu Mudah Terikut-Ikut, Tambah Pula Yang Bercakap Pakai Serban – Pemimpin PH

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Otak Melayu Mudah Terikut-Ikut, Tambah Pula Yang Bercakap Pakai Serban – Pemimpin PH
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – “Ulang-ulang Islam dan Melayu terancam. Kalau ada, sebutkan apa yang terancam. Bawakan bukti kalau kamu di pihak yang benar”

Demikian kenyataan tegas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Azli Yusof ditujukan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN)

Beliau mendakwa BN dan PN setiap hari memainkan isu Melayu Islam terpinggir dan terancam untuk mempengaruhi pemikiran orang Melayu.

“Mainkan hari-hari Melayu terpinggir, Islam terancam. Bila hari-hari dimainkan ini, lama-lama otak kita orang Melayu ni dia mudah terikut-ikut.

“Tambah pula yang bercakap itu yang pakai serban. Yang bercakap itu jadi imam, tetapi hanya nak mengelirukan orang Melayu Islam saja.

“Kalau betul ada Islam terancam, sebutkan 1, 2, 3, 4 apa yang terancam?,” dakwanya menerusi satu rakaman video ucapan beliau yang di muat naik di media sosial semalam.

Azli seterusnya mendakwa agama Islam subur di Malaysia termasuk di Selangor sehingga tidak cukup penceramah agama untuk memenuhi kuliah di masjid dan surau.

Menurutnya, Selangor terpaksa membawa penceramah agama dari Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Kalau di Selangor, kita tak cukup penceramah nak isi kuliah-kuliah di masjid dan surau. Terpaksa kita datangkan daripada negeri lain, datang daripada Kelantan, Terengganu, Kedah.

“Dia datang sini ke Selangor, datang ke Negeri Sembilan berceramah. Tiba-tiba, dia kata Islam terancam. Bukan pembohong kah itu tuan-tuan?,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Azli Yusof

 

Tags: Azli YusofBNImamMelayu IslamMudah Terikut-IkutOtak Melayupakatan harapanpemimpinPHPNPRN Negeri SembilanserbanTerancam
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini sebulat suara bersetuju mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan...

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh calon dan jentera Pakatan Harapan (PH) bekerja keras meraih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd