• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inilah Ikhtiar BN Kembalikan Negeri Sembilan Ke Landasan Yang Betul – Jalaluddin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Inilah Ikhtiar BN Kembalikan Negeri Sembilan Ke Landasan Yang Betul – Jalaluddin
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) melangkah ke gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini dengan tekad untuk mengembalikan negeri ini ke landasan yang betul demi masa depan Negeri Sembilan dan rakyatnya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, BN Negeri Sembilan yang memikul amanah besar rakyat tidak mampu lagi untuk melihat negeri ini terus terperangkap dalam ketidaktentuan.

Menurut beliau, dalam perjalanan sesebuah negeri, ada hari-hari yang berlalu seperti biasa, namun ada juga detik yang menjadi titik perubahan kepada masa depan.

“Saya percaya, hari ini adalah salah satu daripada hari tersebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto BN bagi PRN Negeri Sembilan Ke-16 di sini, malam ini.

Jalaluddin berkata, BN malah tidak hadir sekadar membawa slogan, sebaliknya tampil dengan rasa tanggungjawab memastikan Negeri Sembilan kembali dipimpin sebuah kerajaan yang benar-benar bekerja demi rakyat.

“Kerana bagi BN, pilihan raya bukan sekadar pertandingan politik. Ia adalah amanah untuk menentukan masa depan negeri dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Jalaluddin seterusnya berkata, beliau percaya rakyat Negeri Sembilan tidak menuntut keajaiban, sebaliknya mereka hanya mahukan sebuah kerajaan yang boleh dipercayai, sentiasa mendengar suara rakyat dan menunaikan amanah yang diberikan.

Justeru, beliau yakin kemenangan BN pada 1 Ogos nanti bukan sekadar kemenangan sebuah parti politik, sebaliknya kemenangan seluruh rakyat Negeri Sembilan yang mendambakan sebuah kerajaan yang stabil, berpengalaman serta mempunyai keupayaan untuk membawa negeri itu kembali cemerlang.

“Kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan, kami tidak meminta saudara dan saudari membuat keputusan berdasarkan emosi atau sentimen. Nilailah kami berdasarkan ikhtiar dan rekod kami.

“Inilah ikhtiar BN. Inilah komitmen BN. Dan inilah tekad kita untuk menghebatkan semula Negeri Sembilan. Insya-Allah,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: 1 OgosBarisan NasionalDatuk Seri Jalaluddin AliasIktihar BNKembalikanLandasan Yang BetulPengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Kembalikan Kuasa Disiplin Guru, Benarkan Semula Hukuman Merotan

Kembalikan Kuasa Disiplin Guru, Benarkan Semula Hukuman Merotan

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan lima langkah diberi perhatian segera bagi memperkukuh aspek...

Kerajaan Negeri Sembilan Perlu Berfungsi Seperti Biasa Demi Kepentingan Rakyat

Kerajaan Negeri Sembilan Perlu Berfungsi Seperti Biasa Demi Kepentingan Rakyat

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Sembilan mesti terus berfungsi seperti biasa disebalik kontroversi pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd