• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

oleh Mynewshub
21/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dimeterai pada 22 November 2022 bagi menghormati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, titah pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat selepas lima hari Parlimen tergantung kerana tiada parti memperoleh majoriti menubuhkan kerajaan.

“Perjanjian untuk bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan ini adalah sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) atau apabila penggal kerajaan ini tamat.

“Dengan kata lain ia tidak mengikat mana-mana parti untuk menentukan hala tuju politik masing-masing apabila sampai tarikh PRU,” katanya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini meminta Menteri, Timbalan Menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan tidak menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen di Negeri Sembilan.

Anwar memberi amaran anggota Kabinet yang berbuat demikian akan diminta melepaskan jawatan mereka.

Asyraf Wajdi berkata, semua portfolio Menteri dan Pengerusi Agensi-Agensi Kerajaan adalah berasaskan persetujuan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Justeru, katanya, aebarang perubahan atau pengguguran mestilah mendapat persetujuan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut mengingatkan semua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan wajib menghormati prinsip asas Perlembagaan terutama menyentuh kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu.

“Tidak perlu sebarang bentuk ugutan, tohmahan mahupun kata nista antara sesama parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan walaupun masing-masing membawa haluan berbeza di peringkat Pilihan Raya Negeri di Sabah, Johor mahupun Negeri Sembilan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: AgongDatuk Dr Asyraf Wajdi Dusukikerajaan perpaduanPerjanjian PembentukanPRNSehingga PRU-16Setiausaha Agung UMNOTidak MengikatTitah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

“Tarik Balik Sokongan Sebelum Terlambat”

“Tarik Balik Sokongan Sebelum Terlambat”

04/09/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menggesa pucuk pimpinan UMNO menarik balik sokongan...

Hospital Mara Bukan Perkauman – Asyraf Wajdi

Hospital Mara Bukan Perkauman – Asyraf Wajdi

01/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan pihak tertentu mengaitkan cadangan mewujudkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd