• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalaluddin Terharu Saksikan Gelombang Biru Semasa Penamaan Calon

oleh Mynewshub
18/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jalaluddin Terharu Saksikan Gelombang Biru Semasa Penamaan Calon
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias melahirkan rasa terharu dengan semangat luar biasa yang dipamerkan jentera Barisan Nasional (BN) pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Menurut beliau, sepanjang pengalamannya menghadiri beberapa proses penamaan calon sebelum ini, sambutan kali ini amat berbeza kerana seluruh jentera BN di kawasan Parlimen Jelebu menunjukkan keyakinan dan kesungguhan yang tinggi.

“Sambutan dan semangat yang ditunjukkan jentera BN hari ini benar-benar luar biasa. Saya percaya jika semangat ini dapat dikekalkan sehingga hari pengundian pada 1 Ogos nanti, kita mampu mencipta keputusan yang luar biasa,” katanya.

Beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang dalam PRN Negeri Sembilan berkata demikian ketika ditemui Mynewshub.

Jalaluddin turut menyatakan keyakinan kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Jelebu berpotensi dimenangi gabungan BN dan Perikatan Nasional (PN) menerusi persefahaman yang terjalin pada PRN kali ini.

Dalam pada itu, Jalaluddin mengakui beliau kini menjadi sasaran serangan dan “pembunuhan karakter” oleh pihak lawan, namun percaya rakyat mampu menilai perjuangan UMNO dan BN demi masa depan Negeri Sembilan.

“Saya yakin rakyat tahu apa yang UMNO dan BN lakukan. Disebabkan kegagalan urus tadbir kerajaan negeri sebelum ini, BN tidak lagi mampu untuk terus bersekongkol dengan mereka.

“Kita serahkan semula kepada rakyat untuk memberikan mandat mutlak bagi menguruskan kerajaan Negeri Sembilan. Kalau kerajaan itu diurus dengan baik, mana mungkin ia hanya mampu bertahan selama dua tahun lapan bulan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Barisan NasionalDatuk Seri Jalaluddin AliasDUN PertangGelombang BiruJentera BNpembunuhan karakterpenamaan calonPengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri SembilanPRN Negeri SembilansasaransemangatseranganTerharu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

Jalaluddin Kesal PH ‘Claim’ Semua Pencapaian Negeri, Empat EXCO Daripada BN

Jalaluddin Kesal PH ‘Claim’ Semua Pencapaian Negeri, Empat EXCO Daripada BN

18/07/2026
0

JELEBU – Pakatan Harapan (PH) tidak sepatutnya mendakwa segala pencapaian kerajaan Negeri Sembilan sejak beberapa tahun lalu adalah hasil kepimpinan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd