• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Onn Hafiz Mahu Siasatan Menyeluruh Isu Network School Di Forest City

oleh Mynewshub
14/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Onn Hafiz Mahu Siasatan Menyeluruh Isu Network School Di Forest City
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memandang serius kebimbangan rakyat negeri ini berhubung operasi Network School di Forest City termasuk dakwaan terdapat warga Israel yang menyertai program berkenaan menggunakan pasport negara kedua.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kerajaan negeri tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan Johor sebagai tapak untuk membawa ideologi atau gerakan yang bercanggah dengan undang-undang, kedaulatan serta kepentingan Johor dan Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan Johor telah meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta agensi keselamatan berkaitan menjalankan semakan dan siasatan menyeluruh.

Menurutnya, siasatan itu meliputi identiti dan kewarganegaraan individu terlibat, dokumen perjalanan termasuk penggunaan pasport kedua, jenis pas serta tujuan kemasukan ke Malaysia, selain memastikan aktiviti yang dijalankan selaras dengan tujuan kemasukan mereka ke negara ini.

Pada masa sama, Onn Hafiz berkata Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Digital dan agensi kawal selia berkaitan turut diminta menentukan status sebenar operasi Network School serta sama ada program itu memerlukan pendaftaran atau kelulusan mengikut undang-undang negara.

Di peringkat negeri pula, katanya, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor serta agensi berkaitan akan menyemak semua aspek pematuhan di bawah bidang kuasa masing-masing termasuk syarat lesen premis, penggunaan bangunan, syarat tanah, penginapan dan aktiviti perniagaan.

Beliau menegaskan sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran undang-undang, penyalahgunaan pas, pelanggaran syarat lesen atau syarat tanah, atau sebarang unsur yang menjejaskan kepentingan negeri serta keselamatan negara, tindakan tegas perlu diambil tanpa sebarang kompromi.

“Kerajaan negeri akan terus bertindak secara bertanggungjawab serta berlandaskan undang-undang demi melindungi kepentingan negeri dan mempertahankan kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Datuk Onn Hafiz GhaziForest Citymenteri Besar JohorNetwork Schoolsiasatan
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Johor Lulus Tambahan RM47.13 Juta Bantuan Kasih Johor Fasa 4

Johor Lulus Tambahan RM47.13 Juta Bantuan Kasih Johor Fasa 4

28/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM47.13 juta bagi rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 yang...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd