• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah AIMS 2026 Jadi Pemangkin Pelaburan Berimpak, Kukuh Kerjasama Serantau

oleh Mynewshub
14/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sabah AIMS 2026 Jadi Pemangkin Pelaburan Berimpak, Kukuh Kerjasama Serantau
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Penganjuran Sidang Kemuncak Pelaburan Berimpak Asia-Pasifik bagi Pembangunan Mampan Sabah 2026 (Sabah AIMS 2026) dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh kerjasama serantau, menarik pelaburan berskala besar serta memacu agenda pembangunan mampan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, sidang kemuncak itu membuktikan komitmen kerajaan Sabah menyediakan platform yang menghimpunkan pakar dan pemain industri bagi mempercepat pembangunan mampan menerusi pelaburan berimpak.

Menurut beliau, inisiatif itu juga selaras dengan komitmen Malaysia untuk terus memajukan pembangunan mampan melalui dasar yang inklusif, pertumbuhan hijau serta pengurusan sumber asli secara bertanggungjawab.

“Saya berharap Sabah AIMS 2026 menjadi pemangkin kepada kerjasama serantau yang lebih erat serta menggerakkan lebih banyak pelaburan berimpak yang mampu menjana kemakmuran ekonomi.

“Pada masa sama, ia dapat memelihara warisan alam semula jadi demi kesejahteraan generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan, hari ini.

Sidang kemuncak selama dua hari bertemakan ‘Turn, Learn, Earn’ itu menghimpunkan lebih 300 profesional dan pemain industri dari seluruh rantau Asia-Pasifik termasuk Malaysia, Singapura, Hong Kong, China, Taiwan, Bhutan, India, Australia, Afrika Selatan, Perancis, Jerman, Britain dan Amerika Syarikat.

Menurut Arthur, Sabah AIMS 2026 turut meletakkan Sabah sebagai hab serantau dan ‘makmal hidup’ bagi inovasi serta kerjasama dalam pelaburan berimpak, sekali gus menjadi pintu masuk yang menghubungkan modal global dengan peluang pembangunan mampan di rantau Asia-Pasifik.

Beliau berkata, penganjuran sidang kemuncak itu amat signifikan ketika dunia berdepan cabaran perubahan iklim, kehilangan biodiversiti, ketidakjaminan sumber dan jurang sosioekonomi yang semakin melebar.

Katanya, pembiayaan awam tradisional serta geran daripada institusi filantropi tidak lagi mencukupi untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan sasaran pelepasan karbon bersih sifar negara.

“Justeru, pendekatan baharu yang mampu menggerakkan sumber pembiayaan secara lebih mampan perlu diperkasakan kerana ia menjadi antara pemangkin utama mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah pembangunan mampan dan ekonomi rendah karbon,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Datuk Seri Arthur Joseph Kurupkerajaan sabahMenteri Sumber Asli dan Kelestarian AlamPelaburan Berimpak Asia-PasifikPembangunan Mampan Sabah 2026Sabah AIMS 2026sidang kemuncak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

‘Saya Sendiri Hadir Tapi Pejabat Menteri Kosong’ – Chegu Bard

‘Saya Sendiri Hadir Tapi Pejabat Menteri Kosong’ – Chegu Bard

29/12/2023
0

PUTRAJAYA: Aktivis Badrul Hisham Shaharin masih belum menerima Surat Tuntutan (LOD) daripada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd