• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Sendiri Hadir Tapi Pejabat Menteri Kosong’ – Chegu Bard

oleh Mohd Arshad
29/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Saya Sendiri Hadir Tapi Pejabat Menteri Kosong’ – Chegu Bard
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Aktivis Badrul Hisham Shaharin masih belum menerima Surat Tuntutan (LOD) daripada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung kenyataannya didakwa berunsur fitnah membabitkan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Badrul Hisham lebih dikenali Chegu Bard berkata, beliau sedia menerima LOD terbabit dan tidak gentar dengan surat tuntutan berkenaan.

“Semalam saya dimaklumkan kerana dikatakan menteri kata dia dah bagi LOD kepada saya, malah saya buat carian di internet dan jumpa kenyataan rasmi menteri kata dah serah kepada Chegu Bard cuma saya tak tahu Chegu Bard yang mana yang dia serah.

“Jadi saya buat keputusan, saya hantar mesej kepada menteri dan hadir sendiri ke pejabatnya untuk terima sendiri surat tuntutan berkenaan, tetapi masih tidak terima (LOD),” katanya ketika ditemui di pekarangan lobi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam di sini, hari ini.

Nik Nazmi sebelum ini dilaporkan berkata, beliau menerusi peguamnya menyerahkan LOD kepada Badrul Hisham supaya menarik balik serta-merta dan memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya berunsurkan fitnah membabitkan projek RTB.

Nik Nazmi memaklumkan surat tuntutan terbabit sudah diserahkan kepada Badrul Hisham berhubung dakwaan kes rasuah RTB bernilai lebih RM16 bilion yang didedahkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, beliau dimaklumkan sendiri seorang pegawai kementerian bahawa surat tuntutan itu sudah dihantar menerusi pos hari ini.

“Hari ini, pegawai kementerian yang turun, bukan pegawai pejabat menteri, saya dimaklumkan dan terkejut, pejabat menteri kosong, tak ada orang yang boleh berurusan.

“Nik Nazmi maklumkan kepada pegawai kementerian, mereka kata dah hantar hari ini melalui pos berdaftar, maknanya baharu nak hantar. Wahai Nik Nazmi cukup-cukuplah menipu kata sudah serah,” katanya.

BHonline-

Tags: Chegu BardMenteri Sumber Asli dan Kelestarian AlamSurat Tuntutan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ratusan Pegawai Kastam Mendakwa Dipindahkan Secara Paksa

Next Post

Empat ‘Superman’ LPT1 Didakwa Di Mahkamah

Related Posts

Chegu Bard Didakwa Keluarkan Penerbitan Menghasut Isu Kasino

Chegu Bard Didakwa Keluarkan Penerbitan Menghasut Isu Kasino

30/04/2024
1

Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor...

Mahkamah Arah Mangsa Cedera Langgar Jalan Berlubang Dibayar Ganti Rugi RM721,000

Chegu Bard Kena 2 Tuduhan Fitnah, Hasut Rosakkan Nama Baik Agong

29/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini...

Next Post
‘Saya Sendiri Hadir Tapi Pejabat Menteri Kosong’ – Chegu Bard

Empat 'Superman' LPT1 Didakwa Di Mahkamah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd