• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Johor Dakwa PH Berkempen Dengan Sumber Yang Terhad

oleh Mynewshub
13/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
DAP Johor Dakwa PH Berkempen Dengan Sumber Yang Terhad
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching mendakwa jentera kempen Pakatan Harapan (PH) bergerak lebih perlahan berbanding Barisan Nasional (BN) sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut beliau, antara soalan yang paling kerap diterima sepanjang kempen mengapa bendera BN sudah memenuhi kawasan lebih awal sedangkan bendera PH dipasang lebih lambat.

Malah, katanya, ada rakan-rakan yang bertanya secara peribadi sama ada PH berdepan masalah kewangan atau kekurangan tenaga kerja.

“Hakikatnya, memang kami bergerak lebih perlahan. Apabila pihak lawan mempunyai jentera yang lengkap dengan dana besar serta kontraktor berbayar, jalan-jalan boleh dipenuhi bendera dalam satu malam.

“Itulah realiti jurang sumber yang kami hadapi,” dakwanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Nie Ching mendakwa, semua bendera dan poster PH di kawasan Bukit Permai serta Senai dipasang sendiri oleh sukarelawan tanpa menggunakan khidmat kontraktor.

Dakwanya, mereka sanggup datang ke bilik gerakan PH sebaik tamat bekerja sebelum memasang bendera sehingga lewat malam, manakala sebahagian lagi menguruskan logistik dan peralatan tanpa menerima sebarang bayaran.

Beliau mendakwa, pasukan sukarelawan PH namun tetap berjaya menyiapkan semua sasaran pemasangan bendera lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

Justeru, dakwanya, bendera PH mungkin bukan yang paling cepat dipasang atau paling banyak, namun di sebalik setiap bendera yang berkibar terdapat pengorbanan sukarelawan yang bekerja keras sepanjang kempen.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas dan sukarelawan yang beliau anggap sebagai wira tidak didendang dalam pilihan raya tersebut. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Teo Nie Ching

Tags: BenderaJentera PHpakatan harapanPengerusi DAP JohorperlahanPRN JohorSumber TerhadTeo Nie Ching
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mungkin Ramai Pengundi Cina Tidak Pulang Mengundi – Caprice

Mungkin Ramai Pengundi Cina Tidak Pulang Mengundi – Caprice

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi rap dan aktivis, Caprice berpandangan kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mungkin...

Onn Hafiz Ucap Terima Kasih Kepada Bangsa Johor Atas Sokongan

Onn Hafiz Ucap Terima Kasih Kepada Bangsa Johor Atas Sokongan

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor atas sokongan dan kepercayaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd