• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKT Tutup Ruangan Komen Program Sentuhan Kasih Di Negeri Sembilan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
KPKT Tutup Ruangan Komen Program Sentuhan Kasih Di Negeri Sembilan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilihat menutup ruangan komen pada hantaran Facebook memaparkan lawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming ke Negeri Sembilan bagi Program Sentuhan Kasih KPKT 4.0.

Dalam hantaran itu, Kor Ming memaklumkan Program Sentuhan Kasih KPKT 4.0 diteruskan di Negeri Sembilan menerusi lawatan ke beberapa lokasi strategik melibatkan projek pembangunan komuniti, kemudahan awam, perumahan serta inisiatif kesejahteraan rakyat.

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM430.6 juta yang disalurkan sepanjang kerajaan semasa mentadbir negara bagi pelbagai projek di Negeri Sembilan.

Menurut Kor Ming, antara kejayaan yang dicapai termasuk mengecat semula empat blok bangunan yang didakwa tidak pernah dicat selama kira-kira 30 tahun, selain menggantikan lif lama dengan lif baharu yang lebih selesa dan selamat untuk penduduk.

“Hari ini kita datang ke Negeri Sembilan membawa lagi satu berita baik. RM430.6 juta telah disalurkan sepanjang kerajaan mentadbir negara.

“Kita nampak bangunan dicat baharu. Dahulu, bangunan ini tidak pernah dicat selama 30 tahun. Akhirnya kita berjaya menyelesaikan masalah ini. Bukan satu blok, bukan dua blok, tetapi kesemua empat blok.

“Kita juga berjaya menukar lif baharu supaya mereka tidak perlu memanjat tangga lagi. Lif yang selesa, selamat dan siap dengan muzik yang romantik.

“Bersama bukit dan gunung kita mendaki. Inilah semangat teguh bersama oleh KPKT, dari rakyat untuk rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial KPKT Malaysia

Tags: facebookKementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanKPKTNegeri SembilanNga Kor MingprogramRuangan komentutup
Share232Tweet145SendShare

Related Posts

RUU Akta MARA Baharu Kurangkan Kuasa Pengerusi, Tutup Ruang Rasuah Dan Penyelewengan – Asyraf Wajdi

RUU Akta MARA Baharu Kurangkan Kuasa Pengerusi, Tutup Ruang Rasuah Dan Penyelewengan – Asyraf Wajdi

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 80 peratus kandungan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) baharu memberi tumpuan kepada...

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoalkan jawapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd