KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa ‘gelombang merah’ sedang berlaku di Johor hari ini.
Beliau mendakwa Lebuhraya Kuala Lumpur – Johor sejak petang semalam merupakan ‘Silent Move’ perantau Johor.
“Gelombang Merah! ‘Silent Move’ perantau Johor sudah jelas, individu yang sombong, bongkak dan tamak akan ditendang keluar hari ini.
“Sesak teruk Lebuhraya KL – Johor sejak petang semalam,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.
Hari ini merupakan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas tempoh berkempen tamat tengah malam tadi. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Syam Ghaz


