• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

oleh Mynewshub
10/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?
Share on FacebookShare on Twitter

RAMALAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin Pakatan Harapan (PH) akan menang sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN Johor tidak sepatutnya dijadikan bahan ketawa.

Dalam politik, setiap pemimpin mempunyai asas dan maklumat sendiri sebelum membuat ramalan. Sama ada tepat atau tidak, hanya keputusan pilihan raya akan menentukannya.

Tetapi dalam pilihan raya apa sahaja boleh berlaku. Tiada parti boleh mendakwa kemenangan sebelum undi dikira. Persaingan di Johor kali ini pula sangat sengit.

Menyaksikan pertembungan tiga gabungan utama iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Justeru, keyakinan Shamsul Iskandar itu mungkin ada asasnya.

Matematik mudah apabila PH akan mendapat kelebihan jika PN berjaya mengambil sebahagian undi penyokong tradisi BN. Apabila undi BN berpecah, peluang PH untuk menang di beberapa kerusi menjadi lebih cerah.

Walhal PN tidak lagi bergerak sebagai satu gabungan yang kukuh untuk membentuk kerajaan negeri selepas PAS dan Bersatu mengumumkan tidak lagi meneruskan kerjasama politik.

Negeri Johor mempunyai banyak kerusi yang dimenangi dengan majoriti tidak besar. Sedikit perubahan undi sudah cukup untuk menentukan siapa yang menang.

Sebab itu, sasaran 30 kerusi yang disebut Shamsul Iskandar mungkin nampak tinggi, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil dalam suasana pertandingan tiga penjuru.

Akhirnya, bukan keyakinan yang menentukan kemenangan, tetapi jumlah undi dalam peti undi. Semua ramalan hanya akan terbukti benar atau salah apabila keputusan rasmi diumumkan esok.

Justeru, peluang untuk Bangsa Johor mengekalkan kerajaan BN Johor dan menafikan penguasaan PH DAP adalah dengan memastikan undi tidak pecah. – MYNEWSHUB

Tags: Barisan NasionalBNpakatan harapanperikatan nasionalPHPNPRN JohorUndi Pecah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Talkin Pilihan Raya’ Satira Politik, Yakin PH Menang 30 Kerusi – Shamsul

‘Talkin Pilihan Raya’ Satira Politik, Yakin PH Menang 30 Kerusi – Shamsul

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin mempertahankan video "talkin pilihan...

Legenda Badminton Negara Lee Chong Wei Hadir Beri Sokongan Kepada Calon BN DUN Layang-Layang

Legenda Badminton Negara Lee Chong Wei Hadir Beri Sokongan Kepada Calon BN DUN Layang-Layang

10/07/2026
0

KLUANG - Legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei hadir memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) di Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd